Covid 19 : Lagi runner yang kena Covid19, ini kisah yang lain pula

Rupanya bukan Josh seorang sahaja yang kena covid19, ada seorang lagi runner aka marathoner kena, cuma experience beliau sedikit berbeza.

1. Sedikit intro tentang beliau…

Xufeng Pan masih muda, dan berbanding Josh, Xufeng Pan baru berumur 25 tahun. Beliau adalah marathoner kategori laju. Xu, seorang jurutera pembungkusan, duduk seorang diri di sebuah apartment di Lebanon, New Hampshire. Kisah beliau detail boleh baca disini.

2. Seminggu Xu lari berapa jauh, dan berapa PB FM beliau?

PB FM beliau adalah 2:52:51. Seminggu beliau lari 60 – 65 miles iaitu kira-kira 100 km. Basically daripada data ini kita boleh tahu yang beliau memang kategori muda fit gila.

3. Acanne Xu boleh kena covid19?

Xu telah pun work from home dan hanya keluar rumah untuk membeli barang dapur dan berlari. Tidak diketahui dari mana, so maybe terkena masa shopping atau berlari.

Simptom awal beliau adalah bermula dengan sakit tekak. Kemudian besoknya Xu mula rasa letih dan kurang cergas lepas bangun tidur. Xu kemudian cuba berehat di rumah sahaja instead keluar training. Namun pada hari esoknya, sakit tekak beliau makin teruk. Sudahlah begitu, beliau mula batuk-batuk dan rasa loya. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk stop lari.

Walaupun telah berehat selama 5 hari, keadaan makin runcing. Xu mula rasa susah nak bernafas. Seram dengan keadaan diri, Xu mula semak dengan simptom covid19, ternyata Xu score cemerlang semua tanda-tanda kecuali beliau tidak demam.

Xu cuba untuk membuat saringan covid19 di hospital namun melalui pannggilan telefon, didapati beliau tidak layak untuk membuat saringan lagi. Ini kerana mengikut SOP Hampshire, hanya pekerja hospital, atau pernah dimasukkan ke hospital atau orang awam yang mempunyai contact rapat dengan patient covid19 sahaja yang boleh menjalankan saringan.

4. So tak buat covid19 test, sudahnya macam mana?

Kemuncak atau klimaks cerita ini adalah setelah seminggu duduk di rumah seorang diri, pada satu hari selepas makan telur, Xu menghadapi sesak nafas selama 30 minit. Akhirnya beliau menghubungi doktor dan doktor menyarankan beliau untuk mendapatkan inhaler.

3 hari setelah menggunakan inhaler, kesihatan Xu beransur pulih.

5. Adakah Xu mula lari kembali setelah sihat?

5 hari kemudian Xu cuba keluar jogging dengan kelajuan pace 8:00 selama 20 minit. Sebagai seorang marathoner SUB3, agak menghairankan kerana dengan pace ini Xu merasakan larian yang hampir membunuh diri, satu larian yang tersangat sukar dan sulit.

Tapi Xu bukan seorang yang pengalah. Esoknya dia lari lagi cuma pace slow sikit iaitu 8:50, juga selama 20 minit. Kali ni perasaannya tidaklah sampai nak mati. Namun, keletihan selepas jogging adalah sama seperti hari semalam.

Kata Xu, kaki memberi kerjasama untuk lari tapi paru-parunya berontakan.

6. Nampak macam ada improvement, so sudahnya canne?

Memang ada improvement tapi slow. Xu akhirnya berjaya buat SUB30 untuk 5K run dengan catatan masa 26 minit. Tapi ini bukan catatan terbaiknya, dulu beliau buat 17 minit untuk jarak yang sama.

Sekarang Xu tengah training untuk buat pace 5:00 bagi 1 mile. Dia siap buat challenges kalau dia berjaya buat, dia akan donate sehingga $800 untuk tabung covid19 yang turut disumbang oleh kawan-kawan beliau.

Kajian lanjut saya melihat perkembangan Xu, nampak beliau dah macam normal balik. Boleh tengok Strava beliau.

KESIMPULAN

Kesan kepada Xu akibat covid19 boleh dikatakan teruk juga. Namun ia tidak seteruk kesan kepada Josh. Ini adalah kerana mungkin terdapat perbezaan umur diantara mereka dimana Josh mewakili kategori veteran runner dan Xu mewakili runner muda.

Basically covid19 tidak mengenal umur. Tak kira muda atau tua, tetap ada kesannya. Yang muda mungkin boleh recover sikit tapi bagi yang tua, babai PB.

Kesan utama covid19 kepada runner adalah merosakkan paru-paru. Dan sejauh mana paru-paru ini akan recover, tiada siapa yang tahu.

Stay safe guys.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *