Cross Training : Berenang Pt 2

Disebabkan kaki kiri saya ini macam ada sikit sakit, maka minggu ini saya decide untuk kurangkan larian. Tapi sebab nak maintain fitness yang terbina berbulan sudah kononnya, saya decide instead of lari, saya nak berenang.

Semalam regim berenang saya bermula secara serius. Memula saya lari 1 KM ke kolam renang, saya berenang 8 lap dan saya lari semula balik ke rumah dalam 1.7 KM ikut jalan lain. Ini adalah cubaan benar kali pertama duathlon saya pada jarak yang paling sikit saya mampu buat.

Saya tak tahu berapa distance atau panjang kolam renang tersebut maka saya guna Suunto untuk kira GPS dia. Saya dapati macam tak benar dan GPS dalam air macam tak tepat. Bila balik rumah, saya check panjang kolam renang adalah 30 M rupanya.

Screen Shot 2016-03-31 at 8.42.33 PM

So semalam (macam nak pengsan) dapat 8 lap x 30 meter = 240 m. Lepas berenang tu saya bangun dan pakai semula baju dan kasut. Bila saya nak mula balik lari tu saya rasa macam nak jatuh balik dalam kolam renang. Saya rasa macam kaki ini longgar atau nak tercabut.

Tapi oleh kerana macam ramai amoi dalam kolam renang, saya teruskan sahaja larian tanpa menoleh kebelakang tunjuk kuat sampailah saya keluar dari compound Club House Kinrara tu dan mula berlari kura-kura.

Maka semalam saya belajar, rupanya agak memerlukan stamina kereta kebal juga kalau nak layan lari-berenang-lari ini.

Semasa di meja makan, saya berbual dengan abah saya yang merupakan ahli sukan tegar (abah saya main bola, hoki, tennis, kayak, gimnastik dan sekarang golf sebab dah pencen) tentang berenang. Menurut kata abah saya yang dulu merupakan dekan Pendidikan Jasmani di MPIK, katanya begini :

  1. Berenang menggunakan semua otot badan berbanding berlari
  2. Berenang lebih cepat letih
  3. Berenang lebih cepat bina stamina
  4. Berenang, kalau power maka takkan ada masalah untuk lari atau main basikal
  5. Berlari adalah tentang kekuatan otot, Basikal adalah tentang imbangan dan berenang adalah tentang kawalan nafas
  6. Kau sekarang dan berenang dan berlari? Abah no komen.

Menurut kata abah saya lagi, kolam renang official jarak dia 50 m dan pergi balik akan dapat 100m. Saya bagitau dia yang di Kinrara ni kolam dia cuma 30 m dan abah saya kata itu sebab kolam rekreasi.

Hujung minggu ini saya nak cari goggle sebab semalam masa berenang tu agak pedih mata. Kolam di rumah saya di Cyberjaya tak sepedih ini. Mungkin sebab sana Salt water sini air paip klorin.

Ada 10 hari lagi race NIKE dan kerana training saya level barai, saya harus buat sesuatu untuk bangkit mendadak. Kalau satu hari saya dapat berenang 8 lap maka 10 hari saya dah berenang 80 lap. Ini bersamaan dengan 2400 m atau 2.4 KM. Saya nak tengok apa ubat atau penyakit dia berenang 2.4KM dulu sebelum race 21KM.

Kongsi di :

Comments 2

  1. remin April 1, 2016

    Pasal aku buat cross training berenang ni la h juga faktor aku bole buat sub 2…sebab tenang mengawal nafas utk part 4km last bagi bekalan speed! Selamat cross-train…Harapnya berhasil membuah kejayaan.

    • khairulazizi April 1, 2016

      kih kih kih insya allah. Niat yang murni dibantu illahi.

Comments are closed.