Cross Training : Berenang

Saya sebenarnya jatuh dalam kategori boleh berenang tapi tak reti nak apung. Kalau saya berenang, kena end to end baru stop kalau tak tenggelam. Haisshhhh … loser betul.

So tahun ini saya nak amik serius pasal berenang ni. Sebabnya melalui discussion dengan Faro kawan saya, cross training penting untuk bantu supporting muscle agar main muscle untuk lari tu terbaik bak hang. Lepas tu pulak Coach Sue pun cakap benda yang sama. Dah takde alasan lain dah. Lagipun memang berenang ni salah satu matlamat saya untuk tahun ini.

Cuma saya ingat tahun ni dalam hal berenang :

1. Nak start buat esp. lepas habis race, sebab lepas race kaki semua mesti sakit dan penat. So kerana tanak hilang fitness level, saya kena berenang.

2. Nak belajar berenang seriously. Saya bagitau orang rumah saya kerana cinta lautan api pun sanggup saya renangi (dulu la masa sebelum kawin) tapi la ni dah 11 tahun kawin berenang pun tak reti apa lagi lautan api?

3. At least dapat berenang setahun dalam 10 KM pun jadilah. Sebabnya nak berenang pun kat swimming pool je bukan kat laut. Tengok dulu macam mana lepas tak nak cross training 10 KM setahun (punya play safe kah kah kah)

Anyway, 10KM ni jarak dia kalau map kat laut adalah daripada jeti Anjung Batu Melaka ke Pulau Besar, pergi dan balik. So kalau saya lepas total 10 KM ni, cam saya dah berenang ke Pulau Besar pergi dan balik le.

Pulau Besar ni saya selalu pergi setahun sekali tapi tak pernah pergi berenang lagi. Biasa naik bot. 😀

Screen Shot 2016-02-26 at 6.17.56 PM

Ok. Kelmarin dah start, tapi sayang jam tak setting lagi untuk berenang. Weekend ni saya restart semula. Ni gambar saya melepak ponteng kerja dengan adik saya kat rumah escapism saya di Cyberjaya. Setahun beli rumah kat sini haram sekali pun tak pernah turun berenang. Air kolam dia masin. Salt Water. Baik untuk recovery lepas race.

12750335_176711166039397_996729797_n

Kongsi di :