Gaya title posting ni macamlah saya ni seorang student lagi. Tapi ya. Saya memang seorang student yang masih belajar banyak benda dalam hidup. Student of running (kalau ikut tema blog ni), Student of parenting, Student of …. mmm.. basically Student of life la.
So cuti semester yang dah tamat ini merujuk kepada hari-hari malas tanpa lari. Agak lama saya berenti lari puasa la raya la apa la itu la ini la. Bila tengok IG kawan-kawan dah mula berlambak dengan gambar larian, rasa seram itu terbit.
Tapi tak seseram mimpi-mimpi ngeri saya sejak kebelakangan ini. Oleh kerana tidak ada aktiviti larian waktu siang, saya digeruni dengan aktiviti larian dalam bentuk mimpi di malam hari. Ada 3 mimpi tentang larian yang saya alami sejak kebelakangan ini.
Pertama, ada satu hari tu saya dah memang decide nak bangun pagi dan keluar lari. Tapi biasalah. Tak perlu cerita sambungan dia anda dah tahu. Disebabkan sambung tidur, saya bermimpi begini.
Saya sedang berjalan dalam kumpulan yang ramai orang. Saya seorang yang pakai seluar track. Seluar track ini warna biru gelap zaman saya sekolah asrama dulu. Orang lain berjalan bersiar-siar tapi saya berlari-lari anak.
Langkah kaki saya tu kecik-kecik maksudnya stride larian saya pendek. Macam orang yang sedang lari menyembunyikan tapak dari berbunyi, semacam itulah saya berlari dalam mimpi itu. Saya berlari menuruni bukit, dan bila sampai hujung saya berhenti dan menjerit “Woi hari ni aku dah start training balik!!!!” Saya terjaga dari tidur dan beberapa minit kemudian, saya tidur semula.
Mimpi kedua pula adalah saya di rumah saya sedang buat apa ntah tak clear sangat. Tiba-tiba rumah diketuk seseorang. Saya turun dan buka pintu. Tengok-tengok En. Remin. Belakang En. Remin ada Udiey Pengurus Kelab, dan di belakang beberpa orang ahli group Conquer. Depa semua dah siap outfit larian. En. Remin seraya berkata, “hang bila nak lari?” Belum sempat saya nak jawab, sedar-sedar kami semua sedang jogging di satu jalan ntah kat mana.
Dalam masa sedang jogging tu saya tanya En. Remin, “Kita ni nak pi mana?” En. Remin jawab, kita nak jogging ni la nak pi depan. Saya akur sahaja. Namun lama kelamaan depa semua ni lari makin lama makin laju. Saya dalam mimpi tu macam tension sebab kata nak jogging ja tapi kenapa hangpa semua speed. Cuba untuk ber-compete, namun saya ketinggalan tercungap-cungap di belakang.
Kerana keletihan, saya berhenti. Di tepi saya ada seorang pakcik yang pakai seluar pendek maradona. Dia pakai boot pergi kebun, tapi muka dia tak gaya macam pekebun. Dia pandang saya dan saya pandang dia. Dia lalu berkata dan yang kelakar, dalam bahasa inggeris. “There are many loves in this world but the one that I always remember is, Love at the first stride”. Saya terjaga terus dari tidur.
Setelah 2 kali mimpi larian, kali ketiga adalah ultimate mimpi yang membuatkan hari ini saya keluar lari.
Kisahnya begini.
Suasana maca open house. Ramai orang sedang makan-makan. Tapi bukan open house rumah saya. Tapi yang saya ingat, color scheme mimpi kali ini warna jingga. Jingga macam langit senja. Maksudnya, orang pakai baju melayu warna jingga. Makanan warna jingga. Meja pun warna jingga. Sedang saya nak pilih lauk, tiba-tiba saya terserempak dengan Abam Deo.
Abam Deo kebetulan nampak saya, lalu dia datang dan mengeluarkan senaskah buku bewarna jingga. Dia bukakan buku tu selak, selak, dan sampai pada satu muka surat. Di dalam muka surat tu ada nombor 998. Saya tengok nombor itu dan dia kemudian memandang saya lalu berkata,
“Hang kalau tak start lari lagi la ni, hang jangan harap hang boleh habis 999KM lari tahun ni” Mendengar Abam Deo berkata begitu, muka saya yang bewarna coklat, berubah menjadi jingga.
Saya terbangun lagi.
***
Bila dah lama stop lari memang susah nak sambung semula. Bila kita nak lari tu rasa macam otot-otot kaki tangan bagai semua macam ketat. Macam engsel yang tidak ada minyak pun iya. Pagi ini saya ke Taman Bukit Jalil dengan EL dan isteri. Punyalah ramai orang lari. Rasa macam sesak nafas pun iya juga.
Saya katakan kepada isteri saya, apsal tiba-tiba ramai gila orang lari ni? Ada pertandingan larian 1 Malaysia ke?
Coach EL Lukh tengah bagi arahan apa ntah tak paham
Pagi ini saya lari menolak stroller yang di dalamnya EL Lukh. Mula macam bajet nak lari 3 KM tapi bila baru je start jam untuk rekod route & GPS terus mati sebab lama tak charge, mood lari terus down. Saya lalu lari-lari anak (memang lari dengan anak pun tapi anak dalam stroler) teman isteri saya lari. Tak berapa lama rasa pancit dan saya lepak main tanah dan rumput dengan EL sambil isteri saya meneruskan larian dia dengan misi nak kurus segera.
Untuk yang kembali berlari, ada 6 bulan lagi nak pi 2018. Semoga cita-cita larian anda tercapai. Harap tidur malam tenang tanpa mimpi ngeri lari.