Dah lama tak beli mainan

Seingat saya, kali terakhir saya beli mainan adalah sewaktu umur 6 tahun. Masa tu dekat Super Kinta Ipoh. Saya nak beli topeng Ultraman tapi takde duit. Saya mintak kat abah saya tapi abah saya buat tak tau. Sebagai tanda protes, saya duduk di tepi topeng dan bertekad tanak balik selagi abah saya tak belikan.

Anda rasa apakah tekad dan kekuatan seorang budak lelaki umur 6 tahun?

***

Hari ini saya jumpa satu mainan baru. Cool gila. Dan saya rasa agak sesuai dengan projek saya akan datang. Mainan ini namanya LILY. Untuk abang sado jangan risau, ia tidak akan melembutkan anda. LILY adalah sebuah drone yang terbang mengikut sensor yang kita pakai di tangan. Boleh tengok video promo LILY kat baway ni.



Haaaaaaaa Chara tak? Chara kan chara kan.

Ini pulak ada video panjang skit explain pasal Lily ni.



Anyway, ini yang dekat website dia.

Screen Shot 2015-10-20 at 7.56.21 PM

Ini distance dia dari kita.

Screen Shot 2015-10-20 at 7.57.41 PM

Tapi ada satu benda la yang mendukacitakan sikit. Pertama, kena pre order. Macam tak release lagi. Dan kedua, kena pindah US baru boleh beli.

Screen Shot 2015-10-20 at 7.59.29 PM

Bila Lily available? Feburary 2016. Kena pegi Australia kalau nak beli…

Screen Shot 2015-10-20 at 8.13.56 PM



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_