Divine Intervention

Hari ini ada 3 benda pasal larian berlaku pada saya. Pertama, saya telah mendapat msg dari kawan saya saudara Remin yang bertanyakan khabar, apa cerita training #SCKLM. Panjang perbualan kami itu ini alasan bagai, saya baru tersedar, bahawa, cuma tinggal 14 hari saja lagi nak race.

Pada saat ini barulah saya faham erti peribahasa, nasi sudah menjadi bubur. Target asal saya untuk training bagi race ini nampaknya tidak berhasil dan sangat rongak. Banyak yang saya sedang belajar untuk menjadi seorang bapak dan saya kira alasan baru dapat anak sangat justify bagi saya untuk ponteng training… ditambah pulak KL last week jerubu… huishhhhh mencabar betul.

Namun alasan, tetap alasan. Jauh dari sudut hati saya, jika saya manage time dengan baik + semangat kental, insyaAllah semuanya boleh. Tapi itulah…. asal nak keluar rumah tengok muka anak… terus cair.

Harap #SCKLM esok saya dapat habiskan Half Marathon saya dalam masa 4 jam. 😀

Perkara kedua pula adalah sebaik saja habis bermsg2 dengan Remin, baju #SCKLM telah sampai ke ofis. Agak serendipity juga hari ini. Kali ini saya memakai #13538.

11881782_1709673989264006_1173239354_n

11875415_513702095473358_1579390177_n

Balik rumah saya cuba nak pakaikan baju ini pada anak saya malangnya dia tengah tidur. So saya letak atas dia dan ambil gambar saja. 😀

IMG_8774

Oh dan yang ketiga. Kerana lagi 14 hari nak race, saya dah start training balik. Saya cuba limitkan larian kepada 3KM saja sekali lari sebab takut lebih-lebih karang cedera pulak. Langsung tak dapat race. So melihatkan result larian saya hari ini untuk 3.21 KM = 24:58, selepas dikira dengan calculator untuk estimate berapa masa HM saya kelak, saya dapati estimation catatan masa saya adalah 3 H 4 M 11 S.

Oklah tu… masih boleh buat bawah 4 jam. Kangkung dulu naik sekarang dah turun…. 😀




Kongsi di :