DNF, DNS Pt 2

Pagi itu sambil minum, saya dan En. Remin buat post mortem untuk race yang terbatal. Menurut En. Remin, ini sangat Tragedi Oktober.

Pasti pembatalan race adalah keputusan yang paling dilema dan pahit dibuat oleh penganjur kerana nak cari titik balance sama ada untuk teruskan race atau tidak.

Namun begitu, atas faktor keselamatan runners, penganjur mengambil keputusan untuk membatalkan event. Walau bagaimanapun, runners boleh datang collect medal dan juga goodies bag.

Saya kata pada En. Remin, ini memang sejarah race Malaysia, kita datang collect medal bukan untuk apa melainkan sebagai kenangan satu race international level yang dibatalkan. Ada runners yang tak mahu collect medal sebab pada depa malu nak collect medal yang depa tak lari. Ausam Pride.

Walau bagaimanapun, ada juga runners kental yang datang awal pagi itu dan membuat larian dalam jerubu kerana jalan masih tutup pada awal pagi. Namun saya tak pasti yang depa ni lari habiskan 42K atau cuma lari 10K sahaja. Ada juga yang mencadangkan agar tahun depan event #scklm dibuat awal bagi mengelak jerubu. Saya tidak pasti yang jerubu ini ada musimnya sebab setahu saya, jerubu punca dia depa bakar hutan. Tak pasti juga sama ada depa bakar hutan ikut musim.

Anyway, dibawah ini adalah medal #scklm, ikut size. Yang kecik tu 10K – adik perempuan saya manakala saya punya yang besar sikit tu – 21K unfinished. Saya agak medal 42K mesti lagi besar dan kalau letak kat muka Sang Kancil, mesti tak nampak muka binatang tu.

12093601_956646471061209_1296858636_n

Ini pula suasana #sirijalanlurus yang sempat saya rakam di garisan mula / tamat. Melihat akan gambar ini dengan feel race event yang dibatalkan, membuatkan saya terfikir –

Kadang-kala dalam perjalanan mencari yang panjang ini ada satu simpang yang kita tidak mula, atau tidak akhirkan..

12145208_1003949602968910_555192753_n

Ini pula salah satu screenshot dari Facebook yang saya jumpa. Ada couple ambik kesempatan untuk propose nak bina rumah tangga. Oh So Shweet! Semoga kalian mendapat kebahagiaan rumahtangga yang berkekalan. Kalau ada ujian melanda kuat bagai, jangan salah satu LARI dari pasangan sudah! Agak ironi propose nak menikah pada acara LARIAN. Pulak tu pada acara yang dibatalkan. 😀

Ini memang DNS (Dapat Nikah Syok….) cuma dalam rumahtangga nanti jangan DNF (Do Not Fedup!)

Screen Shot 2015-10-19 at 11.24.12 PM



Kongsi di :