DNF, DNS Pt 3

En. Remin ada juga bercerita pada saya bagaimana sayurnya kasut NIKE yang dipakai oleh seorang runner terkeluar pelapik dalamnya semasa Berlin Marathon ke 42 baru-baru ini.

Eliud Kipchoge, runner dari Kenya yang mencatat masa 2:04:00 untuk 42K telah mendapat nombor satu dalam Berlin Marathon. Walau bagaimanapun, beliau gagal memecah rekod marathon kerana pelapik dalam kasutnya terejakulasi dari kasut prototype yang beliau pakai. Boleh lihat gambar beliau lari dalam kesiksaan dibawah.

eliud-kipchoge-berlin-marathon

Pelapik dalam ini atau “sock liner” telah terkeluar terus pada KM 16 walaupun Eliud telah merasa tidak selesa seawal KM 1. Kasut ini, telah dipakai beliau di Kenya sewaktu test run, namun gagal berfungsi sebaiknya pada hari race. Namun sungguhpun begitu, Eliud, pelari berumur 30 tahun ini berjaya membuat PB, 5 saat lebih baik daripada sebelumnya. Untuk rekod, Eliud cuma kurang 63 saat untuk pecah rekod marathon dunia.

“I tested the shoe, I tested many pairs of Nike. I think this shoe is the best shoe ever. The shoe is good,” the 30-year-old said. “The sole was not glued. I used the same pair in Kenya and it was good.” – Eliud

Saya terfikir, walhal, boleh je Eliud tunduk sikit dan tarik pelapik kasut tu dan buang ke tepi. Tapi mungkin untuk dia tunduk dan tarik itu memakan masa beberapa saat, lalu dia putuskan terus saja berlari. Di sini jelas terbukti, masa itu emas. Dan demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian….

Saya cuba mencari kasut NIKE jenis apa, namun tak jumpa, tapi ini gambar detailnya. Menurut jurucakap NIKE, mereka segera belajar dari kesilapan atas kegagalan kasut ini namun memberi alasan kejadian sebegini sukar diduga kerana kasut  tersebut merupakan kasut prototype yang melalui beberapa proses inovasi.

The insoles of Kenya's Kipchoge's running shoes are seen slipping up to his ankles after he crosses finish line to win the men's 42nd Berlin marathon

Boleh lihat video full marathon dan boleh drag ke minit 2:03:00 saat akhir Eliud disini, dan juga video interview Eliud dibawah ini. Anyway, walaupun kasut Eliud DNF (Did Not Function) tapi Eliud DNS ( Dapat Nombor Satu)





Kongsi di :