DNS

DNS adalah singkatan kepada Did Not Start. DNF pula adalah Did Not Finish. DNS ni tak pi langsung lari sebab tertidur kat rumah atau apa jua alasan manakala DNF dan pi lari, cuma tengah lari tu muntah atau sakit pungkoq, so tak habis dan dah tak larat nak habiskan larian.

Last week saya DNS untuk PJ Half Marathon. Sebab dia saya balik raub ada acara sikit, abah ngan mak saya menyambut cucu baru, kedua, EVA LEISHA. So bila abah mak panggil semua orang balik raub, kita kena tinggalkan lah apa jua menatang kerja ke race ke sebab Family come first. Hasil dia PJ Half Marathon saya DNS.

So ini dia, EVA LEISHA. Esok kau dah besar, Paklong akan ingatkan bahawa Paklong sanggup tak pi race sebab nak celebrate kehadiran ko ke dunia ni tau tak. 😀

Eva Leisha tgh tidurrrrrrr

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Ini pulak gambar EL LUKH menyebok dengan EVA.

Eva Leisha dan EL Lukh

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Cuaca kat Raub panas dan sejuk lain macam. Balik dari raub, isteri saya demam. 2 – 3 hari lepas tu, demam dia berjangkit pulak ke saya. La ni dah masuk hari 3 saya demam.

Lusa ada race Smart Tunnel. Saya tak sure lagi nak pergi lari atau buat DNS kali kedua berturut-turut. Badan memang rasa sengal dan lemah seluruh alam. Khamis dan Jumaat tak pergi ofis, duduk atas katil tidur sampai badan pun dah sakit.

Lama tak demam. Sekali demam, dia bagi jackpot.

demam nak masuk hari ke 3. father dah mula cuak……..

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *