Dr. Kadir, HUKM

Semalam saya pergi HUKM sebab isteri saya ada appointment dengan Dr. Kadir. Dr. Kadir adalah gynae yang menyambut kelahiran anak saya EL LUKH. Actually tidak ada apa masalah pun cuma hujung bulan ini genap 1 tahun EL berada di dunia. Maka saya fikir, ada baiknya jumpa Dr. Kadir dan beramah mesra bakhang selain bawa EL jumpa doktor yang sambut dia.

Elok selesai urusan hal kedoktoran, saya terus saja tanya Dr. Kadir tentang triathlon.

Sebenarnya Dr. Kadir ni bukan setakat juara dalam hal sambut baby lahir. Dia juga agak juara dalam IronMan. Saya tahu yang dia masuk IronMan bila tahun lepas dia bagi no phone dia kat kami sebab takut kalau ada something wrong dengan pregnancy. Dr. Kadir jarang bagi no phone kat patient cuma mungkin pregnancy isteri saya sikit special, so dia nak monitor betul-betul.

Bila save no phone dia tu saya tengok kat whatsapp profile dia gambar naik beskal. So dari situ saya stalk FB dia dan baru saya tahu yang dia agak aktif dalam triathlon. Ini gambar beliau dalam Ironman 70.3 Putrajaya 2016. Untuk race ni, kena berenang 1.9 KM, naik basikal 90 KM dan akhir sekali lari 21.1 KM

12963825_599658893536309_4779485189846498492_n

Agak fit gila Dr. Kadir dan beliau ni sebenarnya muda lagi untuk seorang specialist. Saya tanya beliau masa bila dia training dan dia kata dia train malam hari. Masa dia sebut malam hari tu macam ada satu anjakan paradigma dekat otak saya sebab saya biasa train petang sahaja.

Saya tanya beliau tak masuk Strava ke sebab saya cari profile tak jumpa. Dr. Kadir bagitau yang beliau cuma guna Garmin Connect dan tak pernah explore Strava pun. Saya kata senang sahaja dan kalau ada masa saya boleh tunjukkan.

Anyway, saya memang respect gila pada Dr.Kadir bukan sebab dia boleh masuk IronMan tapi sebab sebagai seorang Doktor Bidan yang masa kerja dia tak tentu hala tapi masih boleh lagi spend masa untuk training IronMan, memang terbaiklah.

Mungkin Dr. Kadir sudah tahu another level secret of “Time” kerana level pengurusan masa dia memang tahap Dewa. Satu hari nanti saya akan cuba menyiasat akan hal ini. Tunggu….

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *