Drama Hari Raya

Saya cuti seminggu. So saya banyak habiskan masa saya tengok tv. Ah. Saya tipu. Saya tak tengok tv sangat pun. Saya sibuk buat benda lain contohnya tidur. Tapi, ada juga time saya tengok tv. Contohnya saya tengok cerita Fazura yang bf dia driver bus yang last sekali rupanya driver air bus. Saya tengok juga satu drama hantu raya nak stopkan orang kampung dari tanam tuan dia tapi last-last main iPad atas pokok. Mmmm lagi… ada satu lagi. Awek ni duduk sebelah rumah dengan balak yang selalu kacau dia masa kecik dulu, sekali depa kerja satu ofis, awek ni jadi boss, last sekali awek ni nak kena kawin dengan mamat lain yang pushy gila dan balak jiran dia kecewa tapi last sekali awek ni kawinkan mamat pushy dengan adik dia supaya dia dapat kawin dengan balak jiran dia aaa nama awek ni Zahra.

Tu je yang saya ingat, sebab 3 tu je yang saya tengok.

Ohhh haaa satu lagi. Baru ingat. Cerita Aaron Aziz nak kawin sorang lagi tapi bini pertama dia bengang tahap menjerit satu kampung. Bakal bini kedua dia rilek je. Standard la tu… dah biasa orang tengok cite camni…

But anyway, raya memang biasa banyak drama kat TV. Itu dah jadi budaya orang melayu. Ada cerita macam tak logik, tapi ada cerita yang ada pengajaran. Biasanya banyak cerita sedih, tapi ada juga cerita kelakar hantu pergi raya. Ikut sukalah taste masing-masing. Sendiri punya mata nak tengok. Sendiri punya otak nak digest.

Cuma sepanjang saya hidup, saya tak pernah lagi tengok drama time raya yang ada elemen larian. Maksud saya, betul-betul lari punya dari segi sukan. Kalau ada duit esok, saya nak ajak kawan-kawan saya buat telemovie raya pasal nak masuk marathon time raya. Ada banyak benda boleh difokus kat situ. Maybe saya dah boleh tulis skrip dia sikit-sikit. Mak ngan bapak dia tunggu dia balik raya tapi dia nak pergi race full marathon pertama dia kat oversea. Masalahnya nak masuk full marathon ni susah sebab full marathon ni kat Boston. So dia macam dilema antara nak pilih family, atau nak pilih ambition dia. Haaaaaa……

Ada scene oversea… – follow cite fazura tadi. Ada scene kelakar… – follow cerita hantu raya main iPad tadi. Dan ada scene cinta-cinta, – follow cite awek Zahra tadi. Ohh… kena add sikit babak sedih touching-touching. Ni kena amik ref. iklan raya bernas tahun 2012. Iklan favourite saya all time sepanjang zaman menitis air mata jiwa halus…

So… nantikan kemunculan telemovie raya tahun 2020 dari produksi lariansebuahkitab. Tajuk dia : Marathonilfitri. Tema dia adalah pengorbanan. Isi dia adalah kemenangan. Genre dia kelakar. Satu killing shot sedih gila sampai leleh air mata. Ditayangkan di hari malam raya ketiga (sebab pertama ngan kedua orang sibuk…)



Kongsi di :