Event : Big Bad Wolf

Saya baru balik dari Big Bad Wolf tadi. Kali ini saya rasa saya telah pergi kali yang ke-3. First time pergi masa kat tengah padang event Maha ntah tahun bila. Second time pergi pukul 2 / 3 pagi. So ini kali ke tiga pergi pukul 3 petang.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Orang tak ramai sangat mungkin sebab hari kerja. Saya bawa isteri saya dan anak saya. Isteri saya borong hampir sebakul buku untuk EL dan saya fikir bila agaknya EL nak baca semua ini. Tapi takpe sebab saya tahu isteri saya yang akan bacakan buku-buku tu untuk EL sementara dia tak pandai baca lagi. Total damage masa nak keluar dalam RM386. Saya senyum lega dan beri tanda facebook I Like.

Processed with VSCOcam with f2 preset
EL pura-pura nak tidur bila nampak buku yang dia kena baca tu satu bakul

Untuk saya, saya cuma beli 4 buku. 2 komik dan 2 buku larian. Banyak-banyak buku tu saya jumpa dalam 4 buah buku larian sahaja.

Kalau anda mahu ke sana dan mencari buku larian, saya screenshotkan gambar buku itu untuk panduan. Oh, kalau gambar ini senget saya minta maaf sebab masa nak tangkap gambar tu EL yang saya bubuh dalam Boba menangis kencang.

unnamed
Complete Book of Running – RM15
Amazon USD17.15

unnamed-1
Running On Air – RM10
Amazon USD11.32

unnamed-2
Running Injury Free – RM15
Amazon USD14.64

Lah. Satu lagi tu saya lupa nak tangkap rupanya. Ini mesti sebab EL dah mengamuk kaw-kaw dan saya mungkin tengah cari ibu dia. Tu yang lupa.

Anyway, Big Bad Wolf tahun ini adalah daripada 4 hingga 14 december 2015 di Mines. Boleh baca detail disini.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_