Fashion : Nike Running Rain Jacket

Screen Shot 2014-11-13 at 11.12.40 PM

Minggu ni asal sampai Taman Bukit Jalil, baru nak lari hari hujan. Asal sampai je hari hujan. So agak buang masa betul dan last sekali patah balik ke office dan sambung buat kerja. Dah la tu, nak training langsung tak sempat. Kalaulah ofis ni ada treadmill….

So nak dijadikan cerita, semalam saya pergi Marathon Shop Sunway untuk beli ubat kuat. Bukan ubat kuat seks ok tapi ubat kuat untuk lari. Jangan salah faham pulak. Lepas dah beli tu borak-borak dengan Encik Maratahonshop yang selalu saya jumpa tu so seperti biasa kalau di kedai marathon, apa lagi topik yang kita nak bual bicara?

Kebetulan saya pergi sana lepas lari dengan isteri so ini pertama kali kami pergi Sunway dengan ketiak yang berpeluh. Selama ni wangi saja. So outfit pun outfit larianlah. Saya cadangkan sesiapa yang nak rasa atletik boleh pakai baju sukan dan pergi bersiar-siar di shopping mall.

Jalan punya jalan saya singgah kedai Nike kat atas tu sekali ada jual raining jacket. Isteri saya test satu dan saya tengok agak bergaya juga bila dia pakai raining jacket tu. Siap hood bagai. Color hitam. Puas saya cari gambar raining jacket ni tapi lebih kurang macam gambar kat bawah ni la design dia.

Nike-Dri-FIT-Sprint-Full-Zip-Womens-Running-Jacket-588652_010_A_PREM

Lepas tu pulak ntah macam mana saya pergi gatal cuba jacket lelaki pulak. Pakai punya pakai, tengok-tengok macam sesuai la pulak untuk keadaan cuaca monsun bukit jalil yang asyik hujan ni. Pertama kali saya menyarungkan jacket ini terus saya nampak saya tengah lari dalam hujan sambil ketawa. Pelik betul. Anyway, ini design jacket yang warna dia sangat striking itu. Dalam gambar nampak macam gemuk tapi realitinya agak slim fit.

nike-vapor-jacket-619955-660

Sesungguhnya kita memang tak dapat menolak hujan tetapi sekurang-kurangnya kita boleh melakukan sesuatu untuk mengharungi hujan jika terpaksa. Kita juga sebagai seorang suami tidak dapat lari dari tanggungjawab membuatkan hati isteri kita gembira diatas segala pengorbanan yang isteri kita telah lakukan. Apalah seorang suami kalau tanpa kasih seorang isteri. So, kesudahannya? Isteri saya keluar dari kedai Nike tu dengan muka ada sinyum dan saya pulak sebaliknya keluar dengan muka yang agak lega. Saya bagi dua jari Facebook Like.

Apalah sangat sehelai jacket RM229.00 di tengah bulan kalau nak dibandingkan dengan kasih seorang isteri….

nike-running-2011-holiday-rain-collection-2-620x413



Kongsi di :

Comments 3

  1. khairulazizi November 16, 2015

    Tapi rasanya design ni macam dah takde. Sekarang design lain. Boleh tgk di Nike KLCC / Nike The Curve / Nike The Garden

Comments are closed.