Fauzi kembali cergas

Bandar Kinrara, RABU, 13 MEI 2015 @ 7:49 PM – Selepas 16 hari berehat, pelari amatur Fauzi Ahmad menyambung semula latihan lariannya malam tadi. Beliau yang kelihatan lebih bersemangat, nampaknya semakin cergas, dan sedang dalam jadual latihan yang ketat bagi menghadapai dua running race yang akan berlangsung di Melawati dan Kuantan pada hujung bulan ini. Ditanya mengenai kecederaan lututnya tempoh hari selepas trail running Hulu Langat, beliau dengan muka penuh ceria berkata, “Trail running itu memang gila. Lari naik bukit dengan berlumba, turun bukit sampai nyaris nak tersungkur masuk dalam gaung, dan menyeberangi sungai yang airnya deras, lutut siapa pun tak longgar? Tapi, isteri saya secara senyap membeli sebuah minyak namanya Gel Amani. Setelah memakai Gel ini selama seminggu, rasa sakit lutut saya semakin berkurangan”. Nyata, sokongan padu isterinya, membolehkan Fauzi mula lari semula.

11232649_1429364404036805_1620846493_nLutut Fauzi yang semakin sihat dan kurang lemak

Fauzi juga ditanya tentang mengapa hanya menyertai 10K bagi kedua-dua race akan datang, sedangkan beliau sudah pun menyertai dua race 21K awal tahun lalu, ini pula jawapan beliau, “Race ini back to back. Tempoh antara dua race pula hanya 7 hari. Lagipun Melawati memang hanya 10K. Cuma Kuantan sahaja yang ada Half Marathon. Saya kira saya cuba baiki rekod 10K saya dulu sebelum saya masuk race 21K semula. Izin tuhan, saya akan masuk 21K SCKLM kelak. Itu pun kalau sempat daftar” dengan muka tersenyum.

Fauzi, setakat hari ini, telah berlari sejauh 273 KM dalam misinya untuk mencapai 999 KM tahun ini. Mengikut prestasi lariannya sehingga kini, Fauzi dalam keadaan struggle untuk mencapai tahap average mengikut masa. Menurut beliau, banyak cabaran untuk maintain pada garis average. Masanya yang terhad menyebabkan beliau cuba sedaya upaya untuk tidak memberi alasan dan terus berlari, demi mencapai target. Ditanya tentang adakah beliau yakin dapat mencapai 999 KM hujung tahun ini, dengan penuh bersemangat, beliau berkata, “Masa memang mencemburui saya. Ramai orang mahukan masa yang ada dengan saya. Oleh itu, saya harus berbagi dengan adil. Dan, setelah 4 bulan saya berlari, saya banyak belajar bagaimana mengurus masa saya dengan lebih effisien. Saya akui ada cacat celanya, tapi dengan sedikit pemahaman dan kesungguhan untuk melaksanakannya, saya rasa, saya akan lari lebih dari 999 KM tahun ini”.

Untuk rekod, kesedaran berlari di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Dengan kadar 3-4 race seminggu, nyata ada banyak peluang untuk pelari-pelari meluangkan masa untuk aktiviti kesihatan ini. Peningkatan minat terhadap larian juga telah meningkatkan permintaan terhadap penyediaan apparel larian, diet dan perkakasan seperti jam larian hingga kepada ubat-ubatan yang berkaitan. TAKBERNAMA

Screen Shot 2015-05-13 at 11.35.58 PM

Kongsi di :