Filem : 2015 Ultra Trail Gobi Race

Kata-kata hikmah dari runners yang lari sejauh 400KM selama 6 hari dan 150 jam di gurun Gobi :

  1. Kamu tidak mencapai apa yang kamu mahu pada akhirnya di hujung kelak. Hadiah dan kehebatannya, adalah sepanjang pengembaraan kamu. Matlamat yang sebenar, adalah pengembaraan itu.
  2. Aku mahu tahu siapa Aku. Dan, apakah sempadan Aku. Aku rasa manusia tidak tahu apa sempadan mereka. Maka, cubalah sesuatu yang gila, dan, itulah cara yang betul untuk menemui sempadan baru.
  3. Jalan lurus tak semestinya jalan terpantas.
  4. Jika kamu berkeputusan untuk tidur, masa tetap berlalu. Tidak kira dimana pun kamu.
  5. Berlari sejauh 50KM di garis lurus di gurun … disana… ada pegun dan ketenangan… ia memberi masa untuk kamu melihat ke dalam kamu.
  6. Ya jika kamu tersakit disana dan kadangkala kamu gembira di sini, setiap semua bercampur baur di tengah, ia membuatkan kamu HIDUP.
  7. Ada banyak cerita berlaku di sini. Aku rasa ia bukan pertandingan dengan kaki… tetapi pertandingan dengan hati
  8. Aku ingat aku kena berlari seperti aku bernafas. Maksud aku, bernafas adalah semulajadi. Kamu tidak perlu berusaha untuk bernafas. Begitu juga aku berlari walau sejauh 100 KM

Dan akhir :

  1. Aku rasa untuk semua orang, musuh utama mereka adalah…. mereka sendiri.

Kongsi di :