Filem : Fair Chase

52994_310x459

Kadangkala tiba masanya untuk kita kembali kepada fitrah kita. Dan kembali kepada fitrah, ada banyak cara. Salah satu daripadanya, adalah melakukan sesuatu yang asas atau paling basic. Mungkin, bila kita buat sesuatu secara asas dan bukan secara biasa yang kita buat, kita akan menemui diri kita yang sebenar. Kita mungkin, belajar, dan mengenal lagi, siapa diri kita yang sebenar.

“We have this tools in our body, that is ready to be use”

Fair Chase adalah filem dokumentari tentang beberapa orang runners berkumpul, bersatu hati, untuk pergi memburu binatang kedua terpantas didunia, pronghorn antelope. Mereka ini cuba “remake” semula cara memburu orang zaman dahulu, iaitu dengan mengejar binatang buruan sampai binatang ini mati akibat pecah jantung. Berbekalkan hanya “larian”, mereka cuba untuk melihat sama ada manusia zaman moden ini, mampu atau tidak mendapatkan hasil buruan untuk makanan, tanpa sebarang alat.

Filem doku ini membuatkan saya terfikir sejenak. Larian, bukan setakat untuk sihat dan seronok. Larian adalah untuk survival. Dan demi survival, manusia sanggup lari. Lari adalah perkara yang paling asas untuk mendapatkan yang paling asas : Makanan.

Dan yang paling penting dalam hidup ini adalah mencuba. Sama ada berjaya, atau tidak, itu sudah menjadi ketetapan yang tidak ada siapa boleh ubah lagi.

Langkah seterusnya :
Tonton trailer
http://www.fairchasemovie.com/
IMDB 7/10

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_