Filem : Flashpoint Paradox

vlcsnap.2013.08.08.12h01m53s248

Satu-satunya animation Flash yang movie yang saya jumpa adalah Flashpoint Paradox. Ada penglibatan Justice League tapi sangat twisted ceritanya. Jika anda peminat Flash, ini memang cerita yang boleh saya kata, wow!

Semuanya bermula bila Barry Allen mengada nak ubah takdir. Ibunya mati dan dia beria benar nak ubah takdir itu. Namun, tidak dia ketahui dengan mengubah takdir itu, takdir lain turut berubah. Akibatnya, perang dunia ke-3 meletus dan Barry Allen seboleh-boleh nak ubah semula takdir, yang telah dia ubah.

So, kalau Barry Allen ikut pesan mak dia, perang dunia ke-3 takkan meletus. Tapi kalau perang dunia ke-3 tak meletus, tadela pulak movie ni. :P. Anyway, ini starting animation dia, pesan mak dia tu memang #deep.

1. Terima segalanya yang kita tidak boleh ubah.
2. Tapi kena ada keberanian untuk ubah apa yang kita boleh ubah.
3. Dan kita kena ada kebijaksanaan untuk membezakan yang mana satu.

#deep.

Selebihnya anda kena tonton sendiri animation ni saya confirm 100% anda akan suka dan rasa nak keluar rumah pergi jogging. Ok. Yang keluar jogging tu saya tipu tapi benar, animation ini bukan sahaja bakal merubah paradox anda tentang Justice League, malah paradox anda tentang takdir dan kehidupan.

Justice_League_Flashpoint_Paradox_9_-_Barry_Allen

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_