Filem : Forrest Gump

Selepas menonton Maze Runner, saya terfikir. Apa lagi cerita yang ada kaitan dengan larian? Lalu isteri saya mencadangkan agar kami menonton Forrest Gump.

Seingat saya, saya pernah tengok movie ini tapi dulu lama gila masa saya di MMU. So kami bergegas untuk dapatkan DVD Forrest Gump dan dari pelari, kami menjadi penonton.

Saya attachkan beberapa clip yang ada babak-babak larian. Yang ini clip yang paling legend. Sapa tak pernah ingat tengok clip ini memang alien.



Ini pula scene yang paling epik saya rasa. Scene selepas Jenny, tinggalkan Forrest seorang diri.



Filem ini memang power secara keseluruhannya. Banyak maksud tersirat yang boleh kita belajar. Tapi saya ambil satu element yang paling penting, yang ada kaitannya dengan larian. Of course, inikan blog tentang larian.

Kita kena tahu kenapa kita lari. Jika kita tidak tahu kenapa, boleh jadi kita akan sampai entah dimana. Dan bila kita entah dimana, kita sebenarnya “Lost”. Kita juga, kena ingat, kenapa kita lari. Jika kita lupa kenapa kita lari, boleh jadi kita akan hilang punca satu hari nanti. Sekurang-kurangnya jika kita “ingat” kenapa kita lari, kita boleh cuba cari jalan pulang, walaupun kita sudah jauh tersimpang.

So untuk bacaan review lebih dalam boleh pergi ke blog saya yang satu lagi.

Last, soundtrack dia kalau nak buat pedoman :

1. I’m Forrest… Forrest Gump
2. Run Forrest Run
3. I’ll be right here



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_