Filem : Maze Runner : The Scorch Trials Pt 2

Sejak ada anak ni memang jarang keluar tengok wayang. Sekarang baru saya faham kenapa. Dulu saya macam selalu tanya Mas Mujammil (sekarang ada 2 anak) apa masalahnya kalau ada anak takkan tak boleh tengok wayang?

Rupanya bukan masalah, tapi nak fokus tengok wayang tu tak terfokus. Nak-nak anak level baby, buatnya dia menangis dalam wayang, tak ke menggangu ketenteraman orang lain?

So banyak filem saya terlepas antaranya The Scorch Trials. Makanya beberapa minggu lepas saya pergi beli DVD dan ini review saya tentang filem itu.

***

Kalau yang first dulu dia punya game level adalah dalam maze. Yang depa tau, depa hidup harmoni dan aman tenteram asalkan jangan balik lewat dari outing ke dalam maze tu. Depa cari jalan keluar tapi tak jumpa.

Bile hero diimport masuk, game telah berubah. At the end, depa semua dapat keluar dari maze tu. So now, game naik level stage 2.

Rupa-rupanya bumi dah hancur barai. Ada virus yang menyerang manusia dan manusia macam jadi zombie ate my mum. Tapi ada yang immune. Dan rupa-rupanya, budak-budak muda youthquake ni semua adalah eksperimen wicked untuk dapatkan cure kepada manusia agar bebas ancaman virus.

Dalam ertikata lain, Wicked team jahat ni nak harvest hormon apa ntah dari bebudak ni dan guna sebagai ubat. Bila hero & the gang dapat tahu hal ini, depa pun apa lagi, LARI!

So dalam filem ini, selain daripada lari dari kena tangkap dek orang jahat, depa lari dari ribut pasir. Depa lari dari kena panah kilat, depa lari dari mat zombie. Scence lari paling tense bagi saya adalah scene mat hero nak lari dari orang jahat dan slide masuk bawah pintu lif yang hampir tertutup.

***

Basically Scorch Trials adalah tentang revelation. Pertama, revelation tentang sapa sebenarnya WICKED. Mat hero dapat tahu matlamat dan konspirasi WICKED yang sebenar bab tu depa lari bila depa dapat masuk dalam salah satu makmal yang menempatkan semua budak-budak muda dalam keadaan koma, dan disedut hormonnya.

runner2

Kedua, revelation tentang dunia sebenar dah macam mana. Mat hero dan geng baru tahu yang dunia depa dah barai altimet. Bangunan hancur, kereta rosak, nak pegi shopping mall beli Gatorade atau seluar burung? Jangan harap.

MazeRunner2_Weta_VFX_01E

Keempat adalah revelation tentang populasi manusia. Mereka ni dah jadi mayat hidup atau dalam filem ini dipanggil Crank. Sama macam zombie la. Rupanya huduh. Badannya busuk. Tau keja nak makan orang sihat je. Dasar syaitan. Dah cacat pun nak kejar orang lagi.

CRANK-CRAWL
At least Sadako pakai shampoo maintain rambut

Kelima, walaupun dunia dah nak barai, tapi masih ada harapan. Ada team of army kebaikan iaitu The Right Arm yang memang nak selamatkan bumi walaupun dengan cara yang bertentangan dengan WICKED. Yang ni ketua dia Doktor yang keja dengan WICKED dulu. Bila dunia masih ada harapan, rasa cam selamat sikit.

635777953752049286-DF-21238crp
Abam macam pernah tengok kau ni tapi kat mana ya?

Tapi revelation yang paling klimaks, paling kitab terfaktab cinta, paling bukan mengguris hati tapi ambik hati tu pijak sampai penyek lepas tu pegi bagi makan anjing adalah apabila awek Mat hero berpaling tadah kepada mereka semua bila melaporkan kedudukan GPS The Right Arm kepada WICKED, hingga menyebabkan ramai The Right Arm kena tangkap atau kena tembak mati katak.

Gila. Sekelip mata kau berubah nak. Dasar perempuan tak mengenang budi. Kalau aku tahu macam ni perangai kau masa kau kecik dulu dah lama aku bagi makan racun – paling tidak inilah yang akan dikatakan oleh Mat hero saat melihat betrayal aweknya yang dah la tak berapa cun sangat pun.

c245f5e91e2d8be416527619060a7c62

Tapi tuhan adil Mat hero. Disebabkan awek kau curang, kau dapat awek baru yang lagi comel. Biarkan karma melakukan yang terbaik untuk awek curang kau tu. Tapi harap Maze Runner 3 nanti kau jangan lupakan awek comel kau ni. Dia ni lebih worth it kau selamatkan. Tapi kalau Maze Runner 3 kau tergilakan semula awek curang kau tau aku sumpah kau jadi buku novel.

Brenda-brenda-the-maze-runner-38912776-1080-450

Anyway, tengok bila rambut dia panjang. Comel kan? Gigi arnab.

Rosa_salazar

Kongsi di :