Filem : Paradise Lost

Season 5 Salomon filem sudah keluar. Ini review saya

***

Bila kita rasakan ada sesuatu yang hilang dari dalam diri kita, kita mula mencarinya balik walaupun dengan seribu cara. Ada yang mengembara jauh untuk pulang ke tempat asal hidupnya. Ada yang mengembara deep dalam memori untuk menghidupkan semula “rasa” yang telah hilang itu. Ada yang berhenti dari rutin. Diam sejenak dan berfikir, apakah yang sebenar ia mahu dalam hidup ini.

Di dalam hati ini bagi saya ada satu ruang yang bagaikan kosong, tapi sebenarnya penuh jika dapat kita tembusi, disebalik kekosongan itu. Ibarat angin, kita rasakan ia bertiup di pipi ketika kita sedang lari, tetapi tidak ada satu manusia pun yang pernah melihat angin yang bertiup ke pipinya. Ruang ini yang kita mahu pergi. Ruang yang apabila kita duduk diam di dalamnya, kita rasakan ketenangan yang tidak terhenti. Malangnya pintu kepada ruang ini tidak terbuka sepanjang masa. Malah, ia terkunci. Lalu sama ada seseorang mencari hingga jumpa kunci ini, atau menemui orang yang mempunyai kunci, atau mencipta kuncinya sendiri.

Ketenangan boleh dicapai dengan pelbagai cara. Namun, belum tentu dapat dicapai dengan pelbagai cara.

Kita menjadi “masalah” kerana kita tidak menjadi “Diri” kita yang sebenar diri. Kita tidak kenal, “Siapa” kita yang sebenar.

Oleh itu manusia akan terus dan tetap mencari sepanjang hidupnya.

Bagi pelari-pelari dari seluruh dunia. Kejap, ia menjadi pelari jalanan. Kejap kemudian, ia menjadi pelari marathon gunung. Kejap, ia menjadi pelari hutan. Ada juga yang cuba menjadi pelari sungai. Apapun jenis larian yang dicuba, adalah semata-mata untuk mencari balik “trek” untuk pulang.

Kerana apabila seseorang itu berjaya “pulang” ke asal, dimanapun ia berlari, ia berlari bersama “diri”nya, yang asli. Apa pun jenis lariannya nanti, dia dan diri asli, telah bersatu dan bersebati.

Apa jua yang pelari ini bakal tempuhi, cedera, koyak lutut, sakit kaki, podium, tak dapat medal, segalanya sudah menjadi ketenangan bagi dirinya. Dahaganya, sudah terhenti. Sebaliknya hanya kemanisan, yang sering dirasai.

Kongsi di :