Filem : Point Break

point-break-2015-poster

Didalam hidup ini, ada orang hidup dengan mendaulatkan undang-undang. Ada orang pula hidup, melanggar undang-undang untuk mencari erti kehidupan. Sama ada berada di dalam golongan pertama atau berada di dalam golongan kedua, jangan menjadi orang yang melanggar undang-undang tetapi tidak tahu pun, erti kehidupan.

Sekali imbas filem ini adalah bagaikan menonton video – video GoPro yang tidak “bermata ikan”, shot-shot bagi scene dalam filem ini mengujakan dan hampir sahaja membuatkan kaki kita terangkat. Scene tunggang motor tebing bukit, terbang dari gaung tinggi, menjunam dari langit masuk ke lubang bumi, jika mahu mencari inspirasi adrenalin, filem ini boleh dijadikan rujukan yang mengujakan.

Namun adrenalin sekadar gula pemanis hidup. Bahaya gula, diabetes. Bahaya adrenalin……

Semua tidak mengapa asalkan tahu risiko. Asalkan tahu jalan kesederhanaan melaluinya, tidak menjadi masalah pun.  Dan mencari kesederhanaan inilah, adalah jalan yang paling sukar dilalui, untuk ditempuhi.

Mungkin, “melawan” arus kadangkala tidak menjadi, lalu, “menjadi arus” itu adalah hal yang sebenar yang perlu diteliti. Ketika terbang dari gaung yang tinggi, Bodhi ada kata pada Utah, “Be the wind”.

Sejujurnya saya suka filem ini. Ia bukan filem santai sebenarnya. Point Break adalah remake baru dari versi yang dulu. Dan remake ini lebih deep dan mendalam.

bodhi-point-break-reboot

Ada 8 challenge (Ozaki 8) yang perlu dilengkapi oleh Bodhi dan kawan-kawan. Semuanya demi untuk mencari “enlightenment”. Dan dalam pada usaha menlengkapkan challenge ini, Bodhi dan kawan-kawan mencipta undang-undang sendiri untuk berbakti kepada alam. Ini masalahnya. Mereka memberi kepada alam, bukan kepunyaan mereka.

maxresdefault

Disini datangnya Utah, agen FBI yang mencari “redemption” dalam hidup, selepas menjadi punca kematian kawannya. Utah cuba menegakkan kebenaran yang diimplant dalam minda oleh masyarakat sedangkan Bodhi pula, sudah didalam kebenaran tersendiri.

Utah, cuba menyelamatkan Bodhi dari korup sedangkan Bodhi pula yang cuba menyelamatkan Utah daripada sistem yang korup, hakikatnya tidak ada siapa yang tahu siapa yang sepatutnya lebih benar dari siapa.

Ada satu hal yang paling saya terkesan selepas menonton filem ini. Ia adalah tentang jalan yang seseorang pilih dan ambil. Pada saat seseorang melangkah masuk dalam keputusan yang diambil, segala kesan dan akibat adalah tanggungan seseorang itu sendiri.

Dalam erti kata lain, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, diatas keputusan yang kita ambil. Kita, jangan juga hidup dibawah telunjuk orang lain. Hidup ini, hidup kita. Kita yang punya jalan yang kita pilih yang kita cari.

Namun apa jua keputusan yang diambil, sebenarnya, di dalam hidup ini, apa yang kita cari? Dan, bagi yang tahu, sanggup mencari cuma permulaan tetapi soalan yang patut kita tanya diri kita ini, beranikah kita menemui apa yang kita cari?

Kongsi di :