Filem : Suara Kecil

Di dalam tubuh manusia, terdapat suara yang berkata-kata. Suara ini, akan kedengaran, walaupun bibir kita sedang terkatup rapat. Aneh kan? Kalau difikir lebih dalam, bukan sekadar, di dalam tubuh manusia, ada suara. Tetapi, ada juga yang dinamakan telinga.

Hakikatnya suara dalaman ini, didengari oleh, telinga dalam juga.

Pernah seseorang memberitahu saya, bahawa, didalam tubuh badan kita ini, sebenarnya bukan hanya ada satu suara. Ada beribu malah berjuta suara. Namun, dari beribu dan berjuta ini, hanya satu suara yang benar. Selain dari suara ini, semuanya palsu dan dusta belaka.

Persoalan seterusnya adalah bagaimana untuk mengenalpasti suara yang benar ini. Kerana, jika seseorang berjaya, mengasingkan antara kepalsuan dan kebenaran terus dari dalam dirinya, dia berupaya men-navigasi hidupnya dengan mudah.

Seperti google yang hanya mengeluarkan carian yang benar, bayangkan keupayaan seorang manusia yang setiap kali hendak mengambil keputusan tentang sesuatu, dia bertanya dalam hatinya dan hatinya akan memberi jawapan yang benar sahaja.

Misal, dia mahu keluar lari pada petang hari. Dia mungkin bertanya, “Hari ini, ada anjing tak lalu kawasan aku lari?” Hatinya akan berkata, “Ada”. Lalu, instead of lari kawasan itu, dia akan lari kawasan lain untuk mengelak dari dikejar anjing. Itu pun kalau dia tanya lagi, “Kat jalan mana yang tak akan ada anjing, yang aku kena lari?”

Mengetahui suara yang benar adalah satu skill yang harus diasah dan bukan semudah yang disangka. Ada orang makan tahun berlatih ke arah ini. Saya sendiri pun, kadang kala masih lagi gagal mengenalpasti suara kebenaran dalam diri.

Satu stage lagi selepas mengenali suara yang benar, adalah stage dimana mengetahui soalan apa yang harus ditanya. Ini kerana, sekiranya soalan yang ditanya itu tidak lengkap, pastilah, jawapan yang diberi itu tidak tepat. Barangkali, hati manusia ini adalah satu server yang connect dengan server asal yang lebih global dan besar. Misal, soalan yang ditanya harus lebih detail, seperti “Hari ini, ada anjing yang ganas tak yang akan kejar aku, kalau aku lari kawasan ini?”

Satu lagi hal yang perlu diketahui, selain pertama : mengenalpasti suara yang benar, kedua : mengemukakan soalan yang tepat adalah yang ketiga berikutnya : connection yang laju dan tidak down.

Ini adalah challenge yang sebenar. Connection, ibarat juga wifi atau internet yang kita guna. Ada kalanya laju gila, dan ada kalanya perlahan macam jilaka. Walaupun kita subcribe 30MB, namun naik turun connection tetap ada.

Bagi suara di dalam hati, apakah metric untuk connection ini?

Saya kira ini adalah amalan yang kita lakukan setiap hari. Amalan ini, ada kaitannya dengan nafas yang kita hirup dan hembus setiap masa. Bab ini agak sukar diterangkan namun, dasarnya, jika amalan itu berterusan, maka pasti, connection itu semakin lama semakin laju. Amalan ini adalah bagaikan training larian. Masakan seseorang boleh lari 100K kalau lari 42K pun sekali sekala.

Pernah terjadi dimana, jawapan diberi, sebelum soalan dilontar. Betapa kelajuan connection antara hati manusia dengan server asal itu adalah sangat penting bagi seorang manusia. Misalnya, boleh jadi begini. Baru nak keluar lari, baru ambil kasut dan pegang kasut itu. Seketika, hati memberitahu, “Hari ni kau jangan lari ikut jalan biasa sebab di situ ada anjing gila”.

Suara kecil, jangan dipandang kecil. Suara kecil, adalah elemen utama untuk seseorang menjadi limitless. Namun, bagi yang telah mencapai ketiga-tiga fasa untuk suara kecil ini janganlah pula lupa. Gunakan sebaik mungkin, untuk kebaikan semua. Ini adalah ujian stage akhir atau stage 4 dimana ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Ini ada video dari Strava yang saya kira menarik untuk kita sama-sama faham, potensi suara kecil. Jangan dengar semua apa yang berkata dalam hati. Filter dahulu, sebelum percaya bulat-bulat kerana kelak, ia akan memakan diri.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *