Filem : The Maze Runner

the-Maze-670x344

Minggu lepas saya pergi menonton The Maze Runner. Lalu saya decide, cerita yang ada pasal larian saya akan masukkan juga dalam blog ini. So, ini yang pertama.

Untuk baca secara hakikat apa erti filem ini anda boleh pergi ke blog saya yang satu lagi. Ada banyak lagi filem lain yang ada dan saya tulis cuma saya tak sempat nak kumpulkan semuanya dalam satu blog lagi.

Anyway, yang saya paling suka dalam filem ini selain maksud tersirat yang dibawa adalah dressing para runners. Beg kecik yang depa pakai (ala Camelbak) tu memang style. Feel dia sangat rusty dan rasa macam nak pakai satu dan pergi berlari. Di bawah adalah gambar-gambar yang anda boleh tengok buat inspirasi.

maze-runner-clip-400x300

_1373035772

Movie-Poster-THE-MAZE-RUNNER-2014-Version-11

the-maze-runner-3-new-tv-spots-a-clip-and-character-posters

_1373318605

tumblr_nchx7xrGsx1qexcklo1_1280

1373318531

3463684c5bf227db63850603da5c56c9

maze_runner_ver8_xlg

So, kalau nak lari ala fesyen Maze Runner, ini tips yang saya cadangkan lepas saya tengok movie ni.

1. Colorscheme – Baju, seluar, bag ke apa ke mesti warna coklat-coklat, kelabu-kelabu. Jauhkan warna striking-striking. Warna mesti dull habis macam habuk kayu.

2. Beg Sandang – kalau dapat yang kulit memang terbaik. Dan mesti nipis. Kalau tak da bag pakai talipinggang melintang kat dada pun dah bolehlah kalau nak sangat mengMaze Runnerkan diri.

3. Beg Kecil Pinggang – Yang ni jangan lupa. Tapi dalam movie tak perasan sangat. Kalau boleh yang kecik sudah. Sesuai untuk marathon runner sebab boleh simpan energy bar dan simpan botol air.

4. Kasut – Kalau anda lari pakai kasut boot memang anda gila. Setakat ni tak jumpa lagi kasut larian cutting boot. So kalau nak sama pun cari kasut warna coklat atau hitam.

5. Sarung Tangan – Yang ni boleh sangat. Make sure sarung tangan tu potong kat jari so biar jari nampak terkeluar. Lepas tu make sure pakai dual layer sebab single tak berapa chara. Dah kalau dual layer, make sure satu color lain supaya dari jauh dah nampak.

6. Tali pinggang ikat kat siku – Yang ni pun boleh tapi jangan pakai satu sebab nampak macam tanggkal. Pakai kena dua dan kiri kanan baru nampak complete.

7. Alatan tambahan – nak bawak kayu panjang ke masa lari?

So, fashion memainkan peranan semasa berlari. Boleh implement theme Maze Runner kalau berani. He he he.



Kongsi di :