Filem : Trail Dog – Salomon Running TV Season 05 Episode 02

Arwah aki saya dulu bela anjing. Anjing ini gunanya jaga kebun. Arwah moyang saya juga bela anjing. Anjing ini gunanya jaga rumah. Yelah, rumah arwah moyang saya dalam hutan kut. Dulu masa saya kecil, bila balik kampung, bila singgah rumah moyang, paling thrill adalah lari dari bawah naik ke atas rumah (rumah kampung tiang tinggi) sebab takut anjing kejar. Walhal, anjing ini dirantai.

Dan seingat saya, anjing ini makan nasi. Mungkin tuannya makan nasi. Atau, zaman dulu, mana ada pet shop yang jual makanan anjing.

Saya berharap satu hari nanti saya ada rumah di dalam hutan…. dan saya terfikir, kelak nanti, siapa kawan di dalam hutan itu yang paling setia?

Kongsi di :