Filem : Usain Bolt: The Fastest Man Alive

Usain-Bolt-The-Movie2-700px-597x841

Ini adalah dokumentari bagaimana Usain Bolt muncul dalam dunia, menjadi manusia terpantas. Apa yang saya belajar dari dokumentari ini adalah :

1. Untuk berjaya, usaha kena padu. Bolt berlatih 4 tahun sebelum pecah rekod di Olimpik Beijing pada tahun 2008.
2. Enjoy apa yang kita buat, sebab kalau kita buat kerana terpaksa, kita tidak akan berjaya. Bolt sentiasa have fun dalam kerjayanya, namun bukan bermakna “main” setiap masa.
3. Kegagalan penting dalam hidup untuk kita bangkit lebih tinggi. Bolt false start 100M masa di Korea menyebabkan dia disqualified, tapi berjaya semula dalam next race 200M. Apa yang jadi, jadilah. Hidup mesti positif dan in NOW moment. Sekiranya kita gagal dengan “task” yang tuhan beri, masih banyak lagi “task” yang lain perlu dipenuhi dengan lebih baik.

Selain daripada itu :

1. Kenal kelemahan diri, baru kita jumpa kekuatan diri. Bolt seorang sprinter yang tinggi. Kaki agak panjang. So masa starting line tu dia agak lambat berbanding orang lain tapi bila dah lepas 30M, dia menjadi “beast”.
2. Coach atau “guru” penting dalam mencapai kejayaan. Selepas Bolt tukar coach, barulah dia semakin berjaya dan matang, menegenali diri lebih dari yang dia kenal dirinya sebelum ini.
3. Tidak semestinya workaholic, tapi bila perlu, kita mesti fokus sepenuh hati dan buat habis baik. Bolt juga seperti manusia biasa. Ada hari malas nak pergi training. Tapi bila start training, Bolt focus gila kaw-kaw.

Kesimpulan :

Bolt adalah seorang runner yang penuh flavour dan colorful. Dia set satu standard yang tinggi, dan juga set satu “branding” runner yang baru. Bolt yang mula buat aksi-aksi muka tangan atau adegan depan camera sebelum dan selepas lari.

Dokumentari ini saya tonton dari Netflix. Boleh juga didapati di Youtube.





http://www.imdb.com/title/tt2583020/

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_