Filem : Desert Runners

MV5BMTk4NTAzNjIzN15BMl5BanBnXkFtZTcwMzY3NzU2OQ@@._V1_SY1200_CR85,0,630,1200_AL_

“You will fail and will never finish, but damn, you will give everything you have”

Agaknya sesetengah manusia memang gilakan cabaran. Seolah-olah ia berkata pada dirinya, apa lagi? apa lagi? Give me more. Give me more! Namun, setelah menonton filem dokumentari Desert Runners ini, nyata anggapan saya salah sama sekali. Tidak semua manusia gilakan cabaran. Tidak semua manusia gila sebenarnya. Tidak semua runners lari kerana tergila-gilakan cabaran.

Desert Runners adalah filem benar yang dilakonkan oleh runners dari seluruh dunia secara realiti. Terdapat 4 race extrem (ultra-marathon) yang disertai runners dalam masa setahun, dan 4 orang daripada semua runners ini menyertai keempat-empat race ini, membawa kepada tajuk The 4 Desert Grand Slam. Setiap race sejauh 250 KM dan mengambil masa kira-kira 5 hari untuk habis. Ini bersamaan dengan 6 marathon dalam masa 5 hari. So kalau yang buat Grand Slam, mereka berlari sejuah 1000 KM di gurun-gurun ini. FEH! OK. Race berikut adalah :

1. Atacama Desert, Chile – gurun paling kering didunia, dimana hujan setiap 400 tahun
2. Gobi Desert, China – gurun paling kuat anginnya didunia
3. Sahara Desert, Egypt – gurun paling panas didunia
4. Antartica – gurun salji

Setiap runners dikehendaki membawa backpack sendiri yang mengandungi makanan, first aid kit, keperluan diri dan lain-lain. Ada water station di setiap checkpoint tapi lari di 6 marathon dalam masa 5 hari? Berapa ribu liter air seorang runners harus minum?



Filem ini sangat memberi inspirasi kepada saya. Dulu, saya ingat, lari ultramarathon 100 KM adalah yang paling ekstrem. Tapi selepas melihat filem ini, rupanya ada lagi yang paling ekstrem. Runners, bukan sahaja bergelut dengan cuaca yang panas malah ada seorang runners yang mati ketika berlari. RIP bro. Ada juga runners perempuan yang hampir dirogol ketika berlari di gurun Egypt. Namun apa pun, setiap runners pasti mempunyai niat yang tersendiri mengapa mereka perlu menghabiskan Grand Slam ini. Saya terfikir, apakah motivasi mereka hingga mereka boleh capai apa yang mereka telah setkan?

Screen Shot 2015-03-24 at 9.50.49 PM

Jika selepas ini ada orang tanya saya apakah filem yang harus seorang runners tonton, saya berikan filem ini. Jika ada pula orang tanya, kenapa mereka lari di gurun? Saya akan katakan pula, kenapa tidak?



Bacaan Lanjut
http://www.desertrunnersmovie.com/
IMDB

Kongsi di :