Financial : Belanjawan 2021, apa marathoner, ironman dan ahli sukan lain dapat?

Banyak isu dan respons terhadap belanjawan negara. Ada satu blog ni (blog yang xs dia lagi banyak dari certain newspaper dalam negara) bagi kesimpulan kaw-kaw punya. Paling marah dia pasal belanjawan ni sebab pada dia tak jana ekonomi sangat pun. But anyway, itu dia punya hal dan ini bukan blog politik. Ini blog sukan, specifically larian. So, atas nama larian, apa yang kita semua para pelari boleh manfaat dari belanjawan 2021?

1. Sebelum apa-apa, logo belanjawan 2021 memang lawo!

Sebagai seorang yang pernah menjadi designer, tidak dapat dinafikan yang saya suka pada logo belanjawan 2021. Simple, minimal, captured attention dan overall, balance. Kalau ada orang tanya apsal font warna ungu? RM100 maaaaaaaa….

Namun begitu bukan tandanya logo ini refleks kepada belanjawan 2021 sama ada belanjawan ini bagus atau tidak, itu hak masing-masing nak responds.

2. Apa manfaat yang baik untuk kita warga sukan?

Mengikut kata Menteri, Tg Zafrul a.k.a seorang marathoner 6 world major dan juga seorang 2x finisher ironman, manfaat gayahidup yang sebelum ini RM2500, dinaikkan kepada RM3000 dan kenaikan RM500 ini adalah khas untuk sukan.

TQ TUAN MENTERI! HARAP AWOUK PB IRONMAN LAK!!

3. Kenapa, sebelum ni takleh nak claim ke pasal sukan?

Bagi mengetahui hal ini, mari kita siasat tahun 2019 punya cukai accane. Nasib baik saya adalah seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar cukai, maka saya ada bukti ini. Berikut adalah screenshot bahagian gaya hidup dari borang cukai yang saya declare.

Nampaknya tak ada detail, ok takpe, kita google sikit. Menurut artikel dari iMoney, ini adalah detail apa benda yang boleh kita tolak bawah lifestyle. Take note ini tahun 2019-2020 punya.

Now, dengan RM2500 tu, tak payah buat benda no i,ii,iii pun dah maksimum kita tolak sebab bill unifi kita. Contoh macam saya, sebulan bill unifi RM210.95. Kalau untuk setahun, dah RM2531.40. Dah lebih RM2500 dah pun. SO, APA KE JADAH?

Maksud saya gini. Antara no i, ii, iii, dan iv, nombor iv tu tak patut masuk dalam kategori lifestyle pun asalnya tak kiralah ko bayar unifi GB paling laju atau paling rendah (sebab sama je bayar laju ke mahal dua2 lembab telekom ni. Laju sikit je GB paling besar, kelajuan tak PB mana).

Sebab Internet ni bukan lifestyle. Internet ni zaman ni dah kira keperluan. Dia macam air ngan api (elektrik) la. So tak patut masuk dalam lifestyle pun. Kalau nak masuk jugak dalam pelepasan cukai, baik buat kategori baru. Kategori bill. So bill api, air, internet, apa lagi, indah water, apa lagi?

So pada saya definisi Lifestyle kalau bubuh kat situ macam agak tak berapa genius IQ lah. Ada pulak bayar bill lifestyle. Bayar bill tu memang wajib. Bukan lifestyle. Lifestyle ni pilihan. Ko ada option.

Ada ke kita jumpa orang pastu kita cakap, “Amboi kemain kau sekarang ya, lifestyle dah makin up. Lifestyle bayar bill internet.” What the hell???

Ini adalah data dari statista tentang internet penetration di Malaysia. Zaman dulu ngan projection zaman akan datang. So kalau tahun 2020 internet penetration adalah 94%, bolehkah kita katakan, wow, lifestyle orang malaysia memang up berbanding lifestyle orang afrika. 94% lifestyle orang malaysia bayar bill internet.

Tapi cerita dia kita kalau nak argue dengan LHDN sampai kiamat pun kita takkan menang bak kata kawan saya, so cakap banyak pun tak guna, ikut jelah. Basically personally banyak saya tak puas hati tentang cara LHDN bagi orang pelepasan cukai ni tapi tu la. Siapa la kita.

Tapi kesimpulan dia untuk point no 3, macam mana nak claim sukan, kalau claim tu dah sepenuhnya guna untuk bayar bill?

4. Betul ke kenaikan RM500 ni khas untuk sukan?

Betul. Ini screenshot dari Malaysia kini.

Ini pula tweet dari MOF.

5. RM500, kalau saya beli kasut Nike Alphafly untuk lari buat marathon sub2 macam Master Eliud Kipchoge, boleh tolak tax ke?

Ok. Ini persoalan dia adalah, RM500 untuk tolak tax tu, apa kebenda yang berkaitan dengan sukan, kita boleh claim.

Dukacita dimaklumkan dik, kalau ko guna RM500 beli kasut lari, atau beli seluar lari, atau beli baju nike dryfit, atau beli sarung tetek nike untuk bini ko atau gf, semua ni tak termasuk dalam aktiviti sukan walaupun ko guna untuk lari marathon lepas tu ko ada gambo finishing ko angkat ketiak, nampak sikit tali sarung tetek nike ko tu.

Sebab dia pada tahun 2018 (tak silap saya), saya telah dipanggil oleh LHDN atas sebab siasatan lanjut tentang cukai saya. Take note bukan saya tak bayar cukai ya tapi sebab maybe instagram saya banyak sangat gambo – gambo mengundang LHDN. So, saya telah discuss dengan pegawai LHDN macam-macamlah, last sekali alhamdulilah semua ok saya tak de pun langgar apa-apa undang-undang pasal tax, mahupun lari daripada membayar tax. Tengok abiang ko. A good citizen tau tak. Tapi tu la… bayar tax tinggi last sekali Kak Ros buat beli handbag Berkin. Sedih tau.

So masa tu saya ada tanya pegawai tu untuk kategori lifestyle ni, adakah baju sukan, kasut sukan bagai boleh ditolak cukai. Jawapan dia tak boleh. Kenapa? Dah tak boleh ko nak tanya apa lagi. Lupakah kau bahawa LHDN ko jangan gatal nak argue?

6. So canne kita nak manfaat RM500 ni?

Paling jelas dan obvious adalah segala tiket ko masuk lari tu, ko simpan dan kumpul dengan harapan boleh cecah RM500. Satu race tiket katalah average RM70. So nak cukup RM500, ko boleh masuk 7 race at least.

Tapi kalau ko tak cukup nak genapkan, maybe, INI MAYBE TATAU BOLEH KE TIDAK, since pakaian, kasut semua tak boleh, MAYBE boleh simpan resit langganan premium STRAVA, which is RM 258 (USD60). Saya rasa macam tak boleh sebab Strava ni dah la oversea. Tapi tak kisahlah, kalau in case kena siasatan, ko cubala argue. Time covid19, mana ada race bang. Strava ni sebab saya aktif sukan la saya subscribe. Maybe boleh explain juga, Strava ni adalah luh mahfuz bagi ahli sukan. Segala amalan sukan ditulis dan bakal tertulis disini. So, boleh dikatakan, paling ahli sukanlah seseorang itu apabila Stravanya berbayar sebab benda free kenapa ko nak spend? Sebelum explain tu ko bagitau ke LHDN, Tg. Zafrul pun ada Strava tau tak. Premium ok. Bukan free.

Dan tak pasti juga kalau kita masuk race oversea, boleh ke buat pelepasan? Sebab yang manfaat tu oversea punya organisation. Bukan dalam negara.

Now, ada kawan saya tanya. Kalau aku beli treadmill canne? RM3000 ni treadmill, ngam-ngam habis RM3000.

Saya kabo ke dia saya bukan kerja LHDN. Tapi ikut logik akal, patut bolehlah. Macam baju ngan kasut sukan tu mungkin LHDN tak bagi sebab baju ngan kasut sukan tu ko boleh guna bawak pergi ngorat awek. Maksudnya, penggunaannya tak jelas untuk sukan dan boleh disalahguna.

Tapi kalau dah treadmill ni memang jelas la ko beli untuk bersukan. Takkan ko beli treadmill sebab ko nak masak nasi? Kalau esok lusa ko beli treadmill lepas tu ko cuba tolak cukai, sekali ntah nasib malang apa ko kena investigate dengan LHDN, sekali LHDN kata tak boleh, kalau ko marah sangat pasal RM3000 ni maybe ko boleh baling treadmill ko tu ke pejabat LHDN. Tapi lepas tu ko kena tangkap ke apa padan muka.

7. Selain dari RM500 tambahan dalam kategori lifestyle, ada tak benda lain yang manfaat kita sebagai runner (etc)?

Ada. Kategori kesihatan, boleh tolak tax untuk medical check up.

Maksud dia kat sini, kalau sebelum ni kita tak pernah nak pergi buat yearly medical check up, so sekarang kita boleh pergi buat dan kurangkan tax kita. Oklah tu. Medical check up ni penting. Sentiasa kena ingat. Prevention is better than cure.

8. Berapa harga nak buat medical check up?

Harga ni berbeza dari klinik ke klinik. Contoh macam saya, sebelum ni saya buat kat klinik je tapi since sekarang saya tengah gila nak collect point AIA vitality, saya plan tahun ni nak buat kat bphealthcare.

Now, medical check up ni bukan buat blood test saja tapi macam-macam test boleh nak buat. Boleh usha kat sini untuk kasi some idea.

Ada juga yang lumpsum RM1500. Kawan saya buat kat Prince court kos lebih kurang gak, seribu lebih.

9. Saya ni dah FM bang setahun 14 kali, apa barang nak buat medical check up? Mestilah saya seorang yang sihat.

Tak semestinya. Macam saya sekarang memang saya training seminggu 5-6 kali minimum 30 minit tapi kolestrol saya tinggi 6.6. Aaa canne tu? Kalau tak buat medical check up tatau tu…..

10. Selain dari dua atas tu ada lagi tak?

Rasa macam takde tapi kalau ada, korang bagitau abiang update kat sini. Anyway, untuk tahu apa manfaat belanjawan2021 direct kepada korang (luar kategori ahli sukan), korang boleh klik sini dan jawab soalan. Nanti semua keluar.

KESIMPULAN

Kalau nak cuba tolak claim RM3000 tu atas nama sukan, ada baiknya make sure benda yang ko bayar pasal sukan tu mesti orang tak boleh argue kata, eh awak beli benda ni bukan untuk sukan, untuk benda lain pun boleh. So benda yang mati hidup pun orang takleh nak kata benda ni bukan untuk sukan.

Contoh macam helmet basikal ke…. kalau LHDN kata eh mana boleh, ko suh dia pakai helmet tu pergi kerja atau pergi masjid tengok canne muka pak imam biru ke tidak.

Tapi apapun last sekali belanjawan 2021 ni saya kecewa gak. Sebab morotarium automatik tak di apply. Sedih tau. Bank kaya kut. Kita ni marhein…. bukan elitis. Takkan menteri Tg. Zafrul taktau????

 

 

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *