Financial : Bolehkah kita tolak personal tax kita kalau kita derma pada charity luar negara

Ini ada satu persoalan. Ini semua terhasil sebab nak beat the system punya pasal. Now persoalan dia macam ni. In case kalau tak dapat pergi Berlin secara loteri, dan cuba masuk melalui kategori charity house, duit yang kita sponsor tu, kita boleh tolak tax tak?

1. Kenapa boleh terfikir macam ni?

Untuk menderma kepada charity house, kita kena raise the fund. Untuk raise the fund, ada macam-macam cara. Pertama, kita war-warkan pada followers kita di socmed, blog, etc. Itu kalau followers kita ramai dan ramai yang sudi menderma.

Kedua, kita boleh buat proposal slide cecantik dan submit pada 100 syarikat dalam Malaysia dengan harapan, depa reply dan depa derma untuk tujuan depa kurangkan tax. Ini kena uruslah, email, bagai etc. Daripada 100 takkan tak dapat 5 ke. So kalau nak dapat 500 company yang derma, tembaklah proposal tu kepada 10,000 company.

Ketiga adalah kita sendiri yang menderma bila cara pertama dan kedua gagal. Of course, kos dia jadi mahal sebab kita sorang yang payung tapi at least, selain daripada dapat berlari dan pahala sikit, kita mesti mau kontra dengan apa yang boleh kita kontra.

So, timbullah idea, kalau kita sendiri yang derma, boleh tak kita tolak tax kita? Tapi sebelum tu, berapa percent boleh tolak cukai, kalau kita derma?

2. Berapa percent boleh tolak dari tax kita, kalau kita derma?

Prinsip dia camni. Kalau kita menderma, ya boleh tolak tax kita tapi jumlah tolak itu tak semestinya sama nilai dengan jumlah yang kita derma.

Untuk lebih faham, boleh rujuk artikel ini, atau screenshot dari artikel tersebut :

3. So boleh tak kita tolak tax kalau kita derma pada charity luar negara?

Jawapan dia tak boleh. Maksudnya, kita boleh derma kepada charity luar negara, tapi kalau nak kontra balik untuk kurangkan tax, tak boleh.

4. Kenapa tak boleh?

Sebab untuk tolak tax, hanya badan yang LHDN approve sahaja layak ditolak tax. Dan semua badan yang LHDN approve, adalah dalam Malaysia. Setakat saya baca, tidak ada badan di luar negara yang LHDN recognised.

Boleh rujuk di page LHDN ini, atau rujuk screenshot bawah.

5. Saya tak puas hati rasa macam LHDN pemikiran dia tak global dan universal langsung sebab hanya approve badan atau organisasi dalam Malaysia sahaja. Orang luar negara pun memerlukan bantuan jugak. Macam mana?

Ya, saya pun mempunyai perasaan yang sama juga. Maka untuk itu, saya akan email LHDN dan bertanyakan hal ini secara detail. Tapi kalau difikirkan balik, LHDN maksud dia, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. So dia punya fungsi mestilah maksimumkan hasil dalam negeri. Nama dia bukan LHLN atau LEMBAGA HASIL LUAR NEGERI.

Take note juga derma kepada mana-mana runner yang sedang raise fund juga tidak direcognised oleh LHDN. Maksudnya kalau kawan kita mintak derma untuk dia lari tak kira oversea atau dalam negara, sebenarnya yang kita derma tu tak boleh kita tolak tax, UNLESS, kita dapat resit dari kawan kita tu yang mengatakan kita derma untuk badan yang LHDN recognised.

So ini membuatkan saya terfikir, kalau kita buat slide beria bagai dan cuba raise fund melalui syarikat korporat, kalau depa bijak dan tahu depa takleh kurangkan tax, barangkali depa tak derma pun ke kita unless depa memang hati suci dan derma tanpa mengharapkan sebarang balasan….

Artikel ini disemak oleh adik saya yang bekerja sebagai consultant di salah satu account firm, so basically, betullah info dia. Adik saya ni bukan sebarang consultant. Dulu SPM dia ntah berapa banyak ntah A dia mebi masa kecik mak saya banyak bagi dia makan kismis ngan habatussaudiarabia menda ntah. So sekarang kalau ada masalah tax, saya akan refer pada dia.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *