Financial: Kaya ke kalau jadi atlit sepenuh masa?

Satu persoalan yang saya sering fikirkan adalah, boleh hidup ke kalau kita jadi atlit full time? Now, take note penulisan ini akan diskopkan kepada acara larian dulu. Kalau ada keperluan kita tengok bab luar skop larian.

Untuk mengetahui sama ada boleh hidup ke tak kalau jadi atlit sepenuh masa, pertama kita kena kuasai atau ambil tahu dulu threshold-threshold yang berkaitan, esp. bab. finance. Ini adalah kritikal kerana memang betul la orang cakap duit tak boleh bawa kebahagiaan, tapi bila kita tade duit, bahagia ke? Cuba kita ada duit, baru kita tahu sama ada duit yang kita ada tu bawa kebahagiaan atau tak.

Maksud saya gini. Kalau nak dengar orang yang cakap pasal duit tak boleh bawa kebahagiaan ni kena tengok jugak. Kalau orang tu ada duit boleh jadi betul la sebab dia dah achieve first milestones tu, tapi kalau orang tu pun lebih kurang macam kita tak berapa ada duit tetiba cakap macam tu, toksah nak menipu la. Ujian ni macam-macam. Ujian kita tade duit, berbeza dengan ujian bila kita dah ada duit.

1. Pertama, apakah definisi kekayaan atau wealth?

Mengikut google, definisinya pertama adalah : an abundance of valuable possessions or money.

2. Apakah aras atau level kekayaan seseorang manusia?

Ini ada dua. Pertama secara lokal di Malaysia, kedua secara global di dunia. Kita tengok Malaysia dulu. Kekayaan (atau kemiskinan) di Malaysia dibahagikan pada 3 kategori. Setiap kategori ini adalah berdasarkan pendapatan bulanan sesebuah keluarga atau household income. Berdasarkan jabatan statistik negara 2019, class ini dibahagikan kepada :

B40 : < rm4,850
M40 : rm4,850 – rm10,959
T20 : >rm10,959

So kalau jumlah income kita ngan bini kita rm8000, kita M40. Kalau jumlah income kita dengan bini-bini kita rm12000, kita T20. Boleh baca detail disini.

Secara global pula, kekayaan dilihat sebegini.

Billionaires : min USD 1 B
Centa-millionaires : min USD 100 juta
UHNWIs (Ultra-High-Net-Worth Individuals):  min USD 30 juta
HNWIs : USD 1 juta ke USD 30 juta
Millionaires : min USD 1 juta

3. Apa perbezaan aras atau level kekayaan Malaysia vs Global?

B40, M40, T20 diukur berdasarkan income bulanan. Manakala yang global atas tu adalah berdasarkan Net Worth. Maknanya, pendekatan Malaysia adalah lebih kepada kehidupan month to month manakala global punya scale dah main year to year.

Maksud lain dia nak bagitau di Malaysia orang kaya tak ramai. So kalau kita ukur pakai networth, lagi masak kita mengetahui kebenaran hakiki. Berapa ramai pecahan B40, M40, T20 di Malaysia? Ikut percentage, 40%,40%,20%. Populasi Malaysia pada 2018 adalah 31.53 juta, so T20 cuma ada 6.3 juta orang.

4. Apa pula net worth?

Net Worth adalah jumlah semua harta kita tolak jumlah semua hutang kita. So figure terakhir ini adalah net worth kita.

Katakan kita punya duit asb, tabung haji, emas 1 gram, campur bitcoin 0.000004, campur duit cash sikit bawah bantal, TOLAK loan keta, loan ptptn, loan rumah, personal loan itu ini, so hasil dia itulah net worth kita.

Kalau networth kita RM4.2 juta, so kita baru boleh diconsider masuk level millionaires, secara global. Kalau networth kita – RM4.2 juta, atau negatif RM4.2 jutam, kita diconsider masuk level negative millionaires.

OK, kita dah tahu macam mana nak tahu level kekayaan, now kita masuk kepada skop lebih kecil bagi menjawab persoalan kita tadi.

5. Berapakah net worth 3 top runner dunia?

Sebenarnya top runner ni maybe ada banyak lagi, tapi untuk tujuan discussion, kita amik 3 yang paling glamour. Pertama, pemegang rekod dunia 100 meter, Usain Bolt. Melalui Forbes 2018, Net Worth Usain Bolt adalah USD 31 juta.

Kedua, Sir Mo Farah. Dikatakan Net worth (2019) beliau USD 5 juta.

Terakhir, of course, idola saya Master Eliud Kipchoge yang buat sub 2 untuk marathon. Master punya net worth adalah usd 3 juta.

Kesimpulan dia daripada 3 ni, yang paling kaya adalah yang lari paling sikit. 2 daripada mereka level millionaires dan seorang level UHNWIs.

UPDATED

Usain bolt punya net worth 2020 adalah usd 90 juta.

KESIMPULAN

Untuk jadi kaya sebagai atlit sepenuh masa dalam bidang larian boleh, tapi kena level Usain Bolt baru mantap sebab Usain Bolt level UHNWIs, net worth lebih usd 30 juta  usd 90 juta. Tak payah lari marathon 42 km, cuma lari 100 meter sahaja.

Untuk jadi millionaires, tak semestinya dalam bidang larian sebab bidang lain pun boleh, cuma dalam bidang larian, kalau anda seorang runner, tidak semestinya tak boleh achive tapi kena sama level dengan Mo Farah atau Master Eliud, which is saya dan anda tahu, kita memang tak boleh.

So basically bila nak jadi level Mo Farah ngan Eliud memang tak boleh, (saya lari FM pun baru 2 kali pastu 5 jam), so strategi kita adalah kena jadi kaya dari bidang lain dulu, bila dah kaya baru boleh fikir nak jadi atlit sepenuh masa.

At that time kita lari tak dapat sponsor pun tak pe sebab kita dah kaya dah pun dan kita lari memang sebab kita suka.

Sekian.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *