Financial : Update AIA Vitality Status

Dulu masa kecik, arwah aki ada pernah cerita pasal naga tasik chini. Cerita ni masa kecik kita dengar macam, wow…. naga pun ada perasaan. Namun bila dah besar kita sama ada cerita benda yang sama pada anak kita, atau kita terus lupakan cerita mitos sebegini.

Now, bagi yang tak pernah tahu tentang cerita naga tasik cini, kisah ini berlaku pada zaman dahulukala. Ada banyak versi cerita lagenda ini. Ada yang level love story. Ada yang level geographically. Dan ada juga level warzone. Ada juga versi combind semua jadi satu. Dan kisah ini tidak terhenti pada zaman dahulu. Misalnya pada tahun 1920, semasa banjir besar berlaku di Pahang, dikatakan bahawa banjir ini adalah terjadi kerana naga meminta permission dari Sultan untuk keluar ke laut besar. Yelah, kalau tak banjir, canne naga nak berenang? Naga orang melayu bukan macam dragon mat salleh. Belah kita ni naga design dia more to macam ular yang panjang. Kepak kecik.

Basically, asalnya naga-naga ini adalah manusia biasa. Namun setelah mendalami ilmu pertapaan yang mistik, (atau kerana telah melanggar sumpah) mereka transform / menjadi naga. Ada versi yang dia boleh transform ikut suka dia bila-bila masa. Ada versi yang kata ikut waktu misalnya siang jadi manusia, malam jadi naga.

Kekuatan naga ini adalah berdasarkan sisik mereka sama ada besi, perak, gangsa atau emas. Bagi mencapai kekuatan ultimate, mereka harus bertapa. Dikatakan untuk menukar dari satu material sisik ke material yang lain, paling tidak memerlukan 25 tahun masa lamanya.

Kita orang melayu atau sebenarnya tidak semestinya orang melayu, memang ada sejarah yang kuat mengaitkan manusia dengan binatang. Misalnya ketika saya di Bali, dikatakan dewa-dewanya pun mempunyai hikmat berkait dengan binatang. Saya tak ingat dewa mana tapi dewa ini adalah tiga dewa utama. Kekuatan dia adalah kerbau jantan. Ada dewa lain kekuatan burung. Sekolah-sekolah mat salleh pun sama. Ada sekolah yang mengagungkan beruang. Ada yang mengagungkan burung hantu.

Hal ini sebenarnya bukan baru malah di dalam kehidupan moden kita hari ini pun, kita menjadikan binatang sebagai status dan relate dengan aktiviti atau ritual kita. Ini berlaku dari level kampung orang asli, sampailah ke level negara. Contohnya dalam bab bola, kita adalah Harimau Malaya.

Seperti, jika mahu menjadi lebih kuat, kita memerlukan elemen binatang hadir dalam diri kita. Saya sebagai seorang Sagitarius, kadang-kadang mengaku juga akan hal ini. Ini kerana sebahagian daripada diri saya adalah seekor kuda. Lalu saya perasan dan tahu, kadang-kadang ada ciri-ciri kuda pada saya yang tak boleh saya jelaskan bagaimana…… contohnya menjadi kuda kayu bila tiba-tiba bebal dan bangang dalam sesuatu hal. 😀

UPDATE AIA VITALITY STATUS

OK. Itu bab naga, binatang dan ritual manusia. Ini bab AIA Vitality saya.


Level saya dalam AIA Vitality ini sekarang telah bertukar daripada bronze menjadi silver. Maksudnya segala penat lelah saya lari seminggu 5 kali + 1 kali naik basikal dan 1 rest day, sedang membuahkan hasil. So instead of kena tolak 4%, sekarang hanya kena tolak 2%.

Next matlamat saya adalah untuk naik gold. Ini untuk memastikan bahawa at least tak kena tolak langsung signature boost saya. So short term, saya kena settlekan untuk dapat lagi 10 K untuk achieve level gold. Strategic planning ni dah saya rumuskan dalam posting ini :

Financial : Pt 4, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

Saya rasa habis mco ni saya nak buat health check, fitness test ngan nutrition dulu. Situ je dah boleh bagi at least 10.5 K kalau score maksimum. So at least sebelum bulan 12 (atau jan 2021), saya dah berada dalam kedudukan selesa bersisikkan emas. Bila dah emas ni saya dah lock signature boost saya freeze, tak berubah. Then baru fikir untuk next step.

KESIMPULAN

Setiap makhluk ada journey dan quest dia bagi mencapai tahap-tahap tertentu. Barangkali sekarang di Tasik Chini, ada seekor naga sedang bertapa untuk menukarkan sisiknya daripada perak menjadi emas. Ini semua sebab next level dia nak keluar dan pergi repeat dia punya unfinished business dengan naga china selatan. Last time first round dia kalah teruk.

Saya pun sama. Tapi ending journey sisik saya, saya nak investment return insurans saya naik 20%. Hat ni boleh baca posting hari tu :

Financial : Pt 3, Bagaimana berlari boleh maksimumkan pulangan insurans

 

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *