FlyteFoam oleh Asics

So jourINAlist saya lupa nak tanya lebih-lebih pasal kasut semalam, maka hari ni saya ingat saya buat research sikit pasal FlyteFoam dulu. Setelah saya buat bacaan-bacaan, ini rumusan perbualan antara saya dengan saya sendiri.

asics-banner-flytefoam

1. So apakah FlyteFoam ini?
Teknologi kusyen untuk tapak kasut Asics, lebih specific adalah tapak tengah atau midsole.

2. Kenapa depa cipta FlyteFoam at the first place?
Asics nak solve 2 masalah utama bagi runner iaitu protection (perlindungan) dan juga lightness (keringanan).

3. Dengar perkataan protection ni cam insurans lak, boleh terang lanjut lagi apa yang nak diprotect sangat tu?
Bila lari, beban hasil hentakan kaki ke tanah naik ikut kaki, dari tapak kaki ke lutut dan ke pinggang. So kalau kasut tu tapak dia tak power, beban yang naik tu banyak. So kalau tapak tu power, beban tu dah hilang diserap oleh tapak kasut tu.

Bila beban atau impact tu kurang, maka kuranglah daya yang naik dari surface ke kaki ke lutut ke pinggang. So kaki, lutut dan pinggang selamat dari kecederaan.

Cuba try amik hammer, kemudian suh kawan ketuk tapak kaki. Sakit tak? Mesti la sakit bingai. So bayangkan pulak amik hammer yang Thor dalam cite Avengers tu pakai. Mesti la sakit gila tak ingat dunia kan? So bayangkan pulak amik getah atau span tebal gila letak kat kaki. Ketuk balik dengan hammer, mestilah tak sakit sangatkan sebab dah ada protection tebal.

Ketuk kaki dengan hammer Thor pakai ibarat anda lari dengan volume yang lebih dasyat, lebih kuat, dan lebih speed.

4. OK Faham. Now, apa pula yang lightness tu?
Lightness atau keringanan. Ok. Untuk serap beban hentakan, kalau span tebal mesti lagi banyak beban diserap. Tapi kalau span tu tebal, mestilah berat. Bila span berat, macam mana nak lari laju? Canne nak PB? So dikatakan teknologi FlyteFoam ni telah berjaya mencipta level span atau getah yang ringan gila tapi power gila serap beban atau impak.

5. Compare dengan indikasi standard industri, kat mana level FlyteFoam ni?
Dikatakan teknologi FlyteFoam ni ringan 55% lebih dari standard industri.

6. Macam mana boleh ringan gila ni. Cam tak caya je. 
Kusyen atau tapak kasut FlyteFoam ni depa kata depa pakai organic “super fibers” yang bounce balik kepada bentuk asal masa kaki tengah kat udara lepas pijak tanah. Ini menyebabkan suasana pelarian itu mencapai kesempurnaan adaptive daripada mula lari sampai habis lari.

Maksudnya, organic “super fibers” ni yang membantu kepada keringanan kusyen. Dia sikit je tapi dia punya kerja banyak. Agaknya partikel fiber yang membentuk jasad kusyen ni dah mencapai satu level kesempurnaan insan kamil.

7. So selain dari keupayaan balik asal yang tinggi, apa effect dia pada larian sebenarnya? Simplelah, takyah cite ayat saintis sangat.
Cite dia simple je. Bila kusyen dia tu power, bila lari, selain dari kaki tak sakit sebab kurang daya hentakan, lari tu rasa cam lari atas tilamlah. Bila lari macam atas tilam, mula la ada rasa macam terbang. Sebab kaki tu tak rasa sangat bila jejak tanah.

Itu pasal la sekarang kempen dia Don’t run. Fly. Takyah lari, tapi terbang.

covers

8. Make sense. Kempen ayat cia-cia disertakan dengan teknologi. Berapa lama FlyteFoam ni depa kaji?
3 tahun, dengan 300 prototype.

9. Agak lama. 3 tahun tu dari 5K boleh pergi 21K at least kalau lari. Anyway, bila first time FlyteFoam ni terzahir kat alam nyata?
Masa depa buat Metarun. Boleh baca link kat bawah pasal Metarun.

Kasut : MetaRun | Prestazioni Sotto Controllo (IT)

10. Apakah siri kasut Asics sekarang ni yang pakai FlyteFoam?

Ada 6.

Gel Noosa FF
Gel DS Trainer 22
Dynaflyte
Gel Nimbus 19
Gel Kayano 23
Metarun

11. Ok. Explanation memang dah panjang gila. Apa nasihat untuk saya agar saya boleh consider kasut-kasut FlyteFoam ni? Apa pandangan pribadi abiang kitab?
Saya nak cakap lebih saya pun susah sebab sekarang saya tengah test Gel Nimbus 19. Tu pun tak sampai 50KM lagi. Tapi saya punya feeling cakap macam ni la. FlyteFoam ni sesuai untuk guna masa daily training sebab tapak dia protect kita dari injured. Kalau injured canna nak race?

Tapi kalau nak guna untuk race pun sesuai jugak sebab tapak dia ringan, bukan berat so tak ada masalah pun. Tapi kalau nak pilih yang untuk race cari jenis yang tapak dia nipis sikit dan tak tebal sebab untuk race lagi nipis lagi bagus. Laju 2 kali. Untuk lagi specific kasut jenis mana untuk race kasut mana untuk training yang tu nantilah saya kaji kalau rajin.

12. Sekarang saya dah faham apa itu FlyteFoam. Terima kasih atas penerangan.
Sama-sama. Sekarang awak boleh layan video dibawah ini untuk fahaman yang lebih mendalam. Setiap kejadian di dunia ini ada sebab dan hikmah tersendiri.

Bacaan Lanjut
http://www.asics.com/us/en-us/flytefoam

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *