Full Marathon Report : Borneo International Marathon. Bahagian 1.

Mukadimah oleh lariansebuahkitab

Saya dan Remin Anuar dulu sama-sama bermenara gading di MMU Cyberjaya. Remin Anuar merupakan junior setahun saya tetapi dari segi ukuran kaki, kakinya lebih panjang dari saya. Lama kami tidak jumpa setelah habis belajar yang rasmi. Ntah macam mana pada satu hari di Penang, sehari selepas acara Penang Bridge Marathon tamat, saya terserempak dengan Remin di depan rumah tidur saya. Dari situ saya baru tahu yang Remin juga mempunyai minat yang sama : berlari. Sejak itu, jika ada acara yang ada peluang untuk kami sama-sama sertai, kami masuk.

Saya juga ada meminta Remin Anuar untuk menjadi penulis tamu di blog saya. Lama juga saya tunggu dan setelah beberapa kali berpesan kepadanya, akhirnya Remin Anuar bersetuju untuk berkongsi catatan lariannya di blog saya. Pada hemat saya, blog ini pasti lebih meriah jika ada tulisan runner lain.

Lain orang lain ceritanya. Lain runner, lain lariannya. 2 kaki boleh membawa kita jauh tapi lebih dari 2 kaki pasti boleh bawa kita lebih jauh lagi. Ini adalah catatan larian oleh Remin Anuar, untuk first Full Marathon beliau. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

***

Full Marathon Report : Borneo International Marathon.  Bahagian 1.
Oleh : Remin Anuar

BIM02Timothy Thomas
Gambar oleh Timothy Thomas

Epilog.

Aku mulakan tulisan ini dengan kesimpulan atau penghabisan. Masa aku tamat larian ini secara resmi adalah 5 jam 23 minit. Ertinya, target aku mahu capai 4 jam 50 minit untuk finishing larian FM pertama, gagal total.

Kenapa dan apakah punca kegagalan? Itulah persoalan yang mahu aku rungkaikan. Boleh saja aku mengaku yang pengalaman larian full marathon pertama ini adalah satu pengajaran berharga untuk mendapat faham ilmu hakikat mengenal diri.

Sabda aku “ Maka dari kekalahanlah, aku harus belajar.”

Lambaian Negeri di Bawah Bayu.

Kali pertama aku sampai di Kota Kinabalu adalah pada tahun 2005. Transit sekejap sebab nak ambik connecting flight ke Tawau untuk urusan pengambaran video korporat mahkamah. Apa yang aku ingat dari pengalaman ini adalah perbezaan timezone dan pekathnya warna langit biru lazuardi.

Waktu itu, tak pernah langsung aku simpan angan mahu join perlumbaan olahraga larian sejauh 42km. Sekadar memendam angan mahu menakluk Gunung Kinabalu dan ronda-ronda island hoping di sekitar pulau-pulau kecil Sabah yang mahsyur.

Kenapa Sabah? Sebenarnya aku tak pernah ada alasan solid mengapa aku pilih Sabah sebagai medan larian pertama FM. Pentingnya, larian FM pertama tu mesti mau buat di luar semenanjung. Itulah pra-syarat utama aku tetapkan, seingat aku lah. Selalu sangat lari di event di Semenanjung, adalah rasa macam boring, jadi FM yang pertama ini mesti mau bagi rasa epik.

Waktu aku nak register untuk race Borneo International Marathon (BIM) ini adalah sebab godaan harga early bird dia yang murah. RM80 untuk kategori FM, silapnya aku register lambat mungkin seminggu dari tarikh pengumuman early bird maka melepaslah aku ‘burung awal’ dan kenalah bayar harga penuh RM130. Pap…aku tepuk dahi tanda bebal dan menyesal!

Selesai proses pembayaran, secara tak sengaja datang keazaman di dalam diri untuk rangkakan displin ketat latihan FM. Seminggu, minimum 4 hari berlari dan 1 hari wajib lari LSD lebih dari 10km (bolehlah untk pelari Virgin FM). Pasang niat dan tekad dalam hati, maka dengan yakin dia cakap BOLEH! Tapi alih-alih barai jugak. Displin memang benda paling payah nak jaga.

Sabah, here I come. Kembara bermula

Mendung

Sebulan sebelum berangkat ke Sabah, tepatnya pada 10 April aku bersama sahabat² lari (Zizi, Amrud, Mann, Udey, Perez dan Irfan) berjaya daftar masuk acara Nike We Run KL 2016.

Dipendekkan cerita, larian Nike ini pun gagal maintain rekod terdahulu sub2 aku di Alor Setar Half Marathon atas sebab dapat injury percuma (blister & chaffing) dari bibtag yang Nike minta semua peserta² pakai.

Silap aku lah jugak sebab tak grease kaki kiri aku dengan Vaseline. Injury yang aku bajet tak serius tu jugaklah punca aku terpaksa tone down latihan larian mingguan aku jadi 3 kali, sebab renyah nak kena tampal dressing luka tiap kali aku nak buat aktiviti luar.

Aku hanya boleh optimis mengharapkan luka blister aku cepat sembuh untuk aku mengadap FM Borneo. 3 minggu lagi, boleh kot.

Flight aku berlepas dari Penang jam 10.45 pagi, automatik malam sebelum aku kena park diri di backpackers The Frame Guesthouse, Chulia Street. Guesthouse ini dah jadi macam port aku kalau aku masuk mana² race di Penang. Murah, selesa, wifi laju dan yang penting ramai foreigners yang backpacking dari serata dunia park disini.

Brader yang jaga kaunter shift malam ni budak Penang. Nampak saja muka aku, dia senyum sumbing, sambil angkat jari thumbs down. “Malam ni hang tadak untunglah wei. Semua belalai belaka!” Cis! Sumpah aku dalam hati…

Airport FB Izwan SahariNampak tanjak dari jauh dah bole agak depa  ni runners. Runners veteran cool En Hassanin & En Izwan Sahari.

Sementara menunggu flight berlepas pagi tu di airport, sempatlah aku berkenalan dengan dua orang pelari dari Perlis. Rupanya depa dua orang ni kawan sekolah dengan trialatlit SP, Dr Aktar Rahman. Kedua² pelari ini masuk kategori veteran FM. Lari suka² sambil bawa family makan angin di Sabah katanya. Runcation!

Flight aku selamat mendarat di Kota Kinabalu sekitar pukul 2 petang. Just in time untuk aku check-in di  Hotel Cititel yang lokasi dia hanya 30 minit dari airport. Naik bas dari airport ke KK hanya RM5 dan bas ini akan berhenti di tiga hentian utama sekitar ibu kota KK.

Settle down di hotel sambil² boleh test power kelajuan wifi dia dengan membuka app Google Map untuk aku bajet jarak Cititel ke Suria Sabah Mall untuk urusan RPC (Race Pack Collection). Tak jauh, sekitar 9 minit jika berjalan kaki. Dalam hati pasang niat, kalau lari suka² shakedown pun ok. Tapi setakat pasang niat dalam hati sajalah, larinya tidak pun.

Suria SabahBanner BIM 2016  yang mengamit semua runners di Suria Sabah

Memandangkan cuaca pun nampak  semakin mendung gaya macam nak hujan, aku bergegas ke Suria Sabah. Tepat sahaja aku sampai, hujan pun turun dengan mahalebat.

Sebab mungkin masih waktu lunchtime, jadi tak ramai sangat pelari yang ada waktu urusan RPC. Tak crowded dan mudah. Ditingkat bawah adalah beberapa booth yang jual barang sukan dengan harga diskaun. Sempatlah aku beli stokin 2XU, seluar pendek Brooks dan pelincir Body Glide untuk elakkan chaffing/blister sebab stok Vaseline aku dah nak almarhum.

Belek² dalam RPC, ada banyak voucher yang boleh tahan menarik. Tanpa buang masa aku terus guna voucher restoran Little Italy. 10% diskaun untuk apa² menu makanan. Dalam otak hanya terbayang Salmon berasap sahaja, mujur ada. Berselera aku makan sebab hujan di luar pun nampak gaya macam tak mau berhenti sampai malam.

Selesai waktu magrib, sebelum aku naik hotel, sempatlah aku ronda² recce restoran seafood di sekitar Centre Point & Asia City. Boleh tahan banyak jugaklah. Sudah tentu yang menarik perhatian adalah Lobster. Tapi bapak mahal! harga sekilo, paling cikai pun RM150!

Cari alternative lain pun sama, harga dia memang dalam range itu saja. Aku cuba recce jugak ikan siakap, pusing² tak juga jumpa. Kecewa… aku naik hotel dengan rasa mengidam nak carbo load makan ikan siakap stim esok malam. Kalau ada, memang rezeki murah, tapi nampak gaya macam takda harapan. Ikan kerapu bersepah, tapi aku tak minat kerapu.

Kurang 24 Jam sebelum race. Harap jangan ada DRAMA.

BIM2016AAku dengan Amrud di Stadium Likas. Termasuk race ini, sudah 4 kali kami race sekali.

Berjanji nak jumpa Amrud di hotel dia lepas waktu lunchtime. Sebab dia nak selesaikan hal RPC dia di Suria Sabah. Satu hal bilik hotel aku di tingkat 7 ni takda peti sejuk. Panas pulak hati sebab hanya tingkat 10 sahaja yang ada. Selalunya hotel ada kettle pot untuk jerang air panas, tapi di Cititel takda semua benda ni, jadi kenalah berjalan keluar bilik untuk ambil air panas dan sejuk di water cooler dekat lift. Memang ‘terbaiklah’!

Mungkin sebab rasa jenuh dan boring tinggal di kamar hotel, aku keluar nak tengok keadaan cuaca. Agak panas dan cerah tanpa ada bayangan nak hujan untuk satu hari. Harapnya cuaca sebegini berlanjutan sampai esok pagi waktu kami semua pelari bakal memulakan cabaran masing-masing.

Sebab semalam ada beli seluar Brooks saiz macam kecil, jadi terpaksalah aku jalan kaki balik menuju Suria Sabah untuk buat penukaran. Towkay dia cool sebab bagi keizinan tukar seluar ke size M.

Mesej Whatsapp masuk dari Amrud, senang cerita jumpa di Beyond Veggie di sini. Bila runner berjumpa memang banyak cerita bab taktikal macam mana nak pace larian, simpan tenaga, makan gel dan bajet untuk minum. Sebab Amrud penah ada pengalaman race FM di Twincity Putrajaya, jadi aku mintalah nasihat lebih kurang bekenaan bagaimana nak handle kegusaran virgin marathoner macam aku.

Amrud pesan suruh meyakinkan minda aku clusterkan jadi 4 segmen, 10kmX4 dan telan gel untuk setiap 8km. Bunyi macam senang, tapi last punya mutiara kata “ Race sebenarnya bermula bila kau lepas km30.” Aku angguk tanda setuju selain otak membayangkan mungkin di km30 semua otot² di badan bakal memberontak. Selama hidup aku tak pernah dalam satu hari lari lebih dari 25km. Ini mungkin resepi untuk dapat kecederaan percuma.

Bersambung…

Screen Shot 2016-05-28 at 1.45.58 PM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *