Gadget : Lampu Lip Lap, Nathan Strobe Light

unnamed

Sebabkan saya selalu lari malam hari, dan lately saya lari keluar dari perumahan saya, baru ini saya ada beli lampu lip lap warna merah. Lampu ini namanya Strobe Light dari Nathan. Harga dalam RM 39.00.

Lampu ini ada dua mode, satu lip lap lip lap maksudnya dia berkelip-kelip. Satu lagi dia tak lip lap tapi terusĀ lappppppppp, maksudnya menyala sepanjang masa. Strobe light ni boleh clip kat baju, dan hari tu saya pakai masa lari malam di Putrajaya cam… mmm rasa cam traffic light bergerak pun ada. Anyway, saya rasa lebih selamat dan secure sebab dari jauh kereta atau motor dah nampak saya.

Satu lagi yang saya suka adalah clip lampu ini yang sangat mudah. Tekan je dia terbuka dan boleh clip ke baju. Dia punya clip pun agak panjang, sepanjang lampu itu sendiri. So bila dia lekat kat baju tu quite steady dan tak mudah nak jatuh.

Lagi satu lampu ni kalis air. Sebab masa saya lari tu hari hujan kejap. So takde masalah pun. Air tak masuk dan lampu tak rosak. Dikatakan lampu ini boleh tahan 57 jam untuk sentiasa on dan 110 jam untuk lip lapĀ sekali tukar bateri. Dia pakai 2 x 3V Lithium 2032 – batteri yang nipis cam coin tu. Satu lagi mentol kat dalam dia LED. Ada 3 semuanya.

Ada beberapa options warna tapi saya beli yang warna merah cam oren-oren sikit.

Nathan-Light

Nak pakai lampu ni boleh letak sama ada kat pinggang, atau bahu atau kat manalah korang suka asal boleh kepit. Gegambar kat bawah ni boleh suggest idea kat mana nak taruk.

gadgethouse_na-strobelight
photo-2

Kat bawah ni ada video penerangan untuk tahu lebih lanjut pasal strobe light ni.

Kongsi di :