Gadjet : Sony Smart B Trainer

Dulu ada satu musim tu saya pernah pakai Fitbit. Masa tu obses nak kira berapa tapak saya jalan sehari. Saya pun tak tahu kenapa. Tapi ada dua benda yang saya belajar selepas musim pakai Fitbit berakhir. Pertama, saya dapat tahu yang untuk lebih sihat, kita kena jalan 10K tapak. Effect dia, tidur kita nyenyak. Yelah… dah letih berjalan. Bila tidur nyenyak, otak di-defrag dengan baik. Hasilnya, hari esok yang lebih fokus dan tenang.

Kalau setakat keja office jalan sikit, maybe 5K tapak je sehari. So itu dikira medium aktif. Malam, tidur tak nyenyak. Imsonia. So esoknya mula la pening-pening lalat dan fokus.

Yang kedua saya belajar bahawa, at the end of the days, tak penting pun nak kira setiap hari 10K tapak. Yang penting, kita lari je setiap hari sejauh 5K. Sebabnya, combination lari 5K sehari dan pergi kerja, sudah cukup complete 10K tapak sehari, dan malam, memang tidur nyenyak. Basically, saya dah jumpa cara untuk kira 10K tapak sehari, tanpa kira 10K tapak sehari.

So, kenapa saya nak kena pakai Fitbit lagi? Sejak saya terfikir hal itu, Fitbit saya hilang. Sampai ke hari ini.

Hari tu, saya jenjalan KLCC dengan wife saya (hari yang sama saya tengok buku larian di kinokuniya). Masa kat level gadjet tu saya terperasan iklan orang lari kat kedai Sony tu. Saya pun pegi tengok apa dia. Rupanya Sony sudah launch dia punya gadjet untuk train kita lari. Nama dia Sony Smart B Trainer. Boleh tengok gambar bawah ni.

sony-smart-b-trainer-100539260-large

Ini gambar kalau nak pakai kat telinga.

Screen Shot 2015-07-25 at 4.27.26 PM

So apa menatang ni buat? Ini video dia.



Saya tak tahulah apa feeling pakai menatang ni. Tapi kalau anda nak experience tanpa beli, dan nak dengar macam mana device ni annoying hidup anda, anda boleh pergi ke web Sony. Bagi saya, device ini adalah Runkeeper yang lebih dan sangat kecoh mulutnya. Runkeeper cuma bercakap dengan kita masa mula lari dengan ending lari je. Tapi yang ni macam syaitan dekat telinga kita. Setiap gerakan anda dia akan komen. Asal apa anda buat, semua dia nak bagi advice. Sanggup ke? Saya ingat kita kena ada limit bila masuk part relationship kita dengan device. Saya tak tahu orang lain tapi kalau saya, saya biarkan diri saya yang instruct saya apa yang saya kena buat, instead of device. Hati saya adalah device yang paling power yang pernah saya ada sepanjang hidup di alam ini.

http://corp.sony.com.my/SmartB-Trainer/



Kongsi di :