Game of throne vs Game of blog

Bila isteri saya complaint (eh tidak, dia tidak pernah complaint sebenarnya cuma dia mengingatkan….) yang bila dia buka blog LSK, asyik-asyik posting Macam mana nak lekatkan bib pada baju supaya center, saya dah rasa yang agak lama saya tak update blog ini. Well, ini semua sebab penangan GOT, atau Game Of Thor, eh silap. Game of Throne. Thor tu cite lain, dan bersumpah atas nama tuhan Odin, pun cite lain. Yang tu boleh rujuk Norsemen, cite viking kelakar nak mampus, di Netflix.

MV5BN2U1ZTViMTItMDUwZC00NTBkLTlmMGItZjE2NjdmZjMxYWZkXkEyXkFqcGdeQXVyMTI5NjYwNDQ@._V1_UY1200_CR113,0,630,1200_AL_

Basically pasal tv series ni saya memang slow. Ada beberapa sebab. Pertama saya tak reti nak download movie atau tv series. So saya hanya tengok tv series yang ada di Netflix atau Hulu. Maksudnya yang tak ada tu tak adalah….. sehingga En. Remin datang dengan kebahagiaan GOT bulan lalu…..

Kedua pulak, balik dari ofis, saya akan spend masa sejam dua dengan EL Lukh. Lepas tu saya keluar pergi jogging. Balik jogging mandi, then makan, then baru saya update blog atau buat kerja-kerja lain apa yang patut. Bila ada GOT ni, yang lain semua saya tak buat dan layan GOT dengan kadar pace 3 epi sehari. Nak catch up punya pasal.

HBO_Ew_S4_Teaser_Poster_Crow
Baru habis season 3, dan nak masuk season 4…

Maka itulah sebabnya lately saya tak update blog lagi.

Dan bila saya tak update blog, saya dapati yang hit kepada blog ini menurun kaw-kaw. Last month punya hits adalah lebih kurang 10K sebulan, manakala bulan ni mak aii… menurun separuh!! Betapa, jika kita membiarkan sesuatu itu, dan sesuatu itu akan mati……..

Maka wahai para pembaca sekalian, maafkan saya. Saya cuba update blog ini balik selagi mampu, dan dengan itu, saya akan potong pace GOT saya daripada 3 epi sehari kepada 1 epi sehari.

***

Hidup ini banyak commitment… kadang-kadang saya terfikir macam nak tinggalkan semua yang ada di King’s Landing (bandar) ini. Balik Winterfell (kampung), cari tanah 2-3 ekar, buat kubu self sustain (janji ada internet), bela wolf seekor, dan hidup sampai tua dan mati dalam iman dikalangan isteri dan anak. Waktu tu mesti kalau saya buka google calendar dalam phone saya sure kosong. Tak ada meeting tak ada nak jumpa client bagai. Tak ada staff nak call tanya itu tanya ini dan tak ada decision yang nak kena buat melibatkan periuk nasi orang.

Hidup waktu itu, pasti sempurna.

But then….

ed9b425abc201f2960199422e8c41d86

Kadangkala di dalam hidup ini kita kena settlekan satu fasa dalam hidup untuk naik ke fasa seterusnya. Apabila fasa ini berakhir, barulah pintu untuk fasa seterusnya terbuka. Waktu itu baru kita teringat, oh…. “inilah yang aku nampak dalam mimpi dulu”.

 

 

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *