Projek Gantung Medal

Medal saya tak banyak sangat. So untuk bagi saya motivasi menambah koleksi medal, saya fikir ada baiknya saya gantung medal ini dalam rumah saya. So saya kongsikan step-step kearah mereliasasikan projek gantung medal ini.

1. Kumpul medal lebih dari 3
So kalau nak masuk 4 ketul, saya rasa dah justify untuk buat sudut menggantung medal. Setakat ini, saya rasa ada lebih dari 5 dah. Campur dengan medal isteri saya, pasti meriah bilangannya.

2. Cari inspirasi dari internet.
So nak gantung medal macam mana, saya decide untuk tengok gambar-gambar dari internet. Nak cepat, saya cari di pinterest dan google image. Keyword saya guna : running medal. So daripada research saya, saya jumpa ada beberapa jenis dan style runner gantung medal. Yang tu nanti saya post kat posting lain.

3. Decide nak buat macam mana.
Selepas dah tengok orang punya, kita decide pulak kita punya macam mana. Dibawah ini sketches yang saya buat untuk gantung medal di rumah saya.

11015492_438192606332530_1449283647_n

Dulu saya ada beli pedang samurai kayu di Bukit Fraser. So daripada pedang samurai ni asyik anak-anak kawan saya buat main, so saya decide untuk jadi tempat gantung medal. Kedua, saya guna pedang samurai juga sebagai tanda yang berlari memerlukan keberanian. Signifikanlah dengan seorang samurai. Kalau tak berani takkan nak jadi samurai? Kalau tak berani, takkan nak berlari jauh?

Kemudian saya akan letak kata-kata hikmat dalam frame supaya sentiasa ingatkan saya kenapa saya berlari. Saya akan letakkan juga milestone larian saya dan best rekod larian saya. Harap 3 benda ini akan membakar semangat saya untuk terus menjadi seorang runner.

Saya juga akan letak sekeping gambar instax sebagai hiasan. Yang ni mestilah gambar saya tengah lari atau ada kaitnya dengan lari. Takkan gambar tengah duduk dalam hutan pulak.

4. Deploy perancangan
Yang ini saya akan deploy dalam masa terdekat. Masalahnya sekarang sebab drill saya ada pada En. Hassan. So saya tak boleh nak drill dinding. Tapi kalau dah settle, saya akan update balik. Anyway, kena decide nak letak kat dalam rumah tu dekat space mana. Tingkat bawah ke. Tingkat 2 ke. Loft ke. So yang ni nak kena tau jugak. Kalau tujuannya nak beri inspirasi kat orang kena letak kat tingkat 1. Kalau nak deep sendiri-sendiri letak kat loft atas.

5. Maintain
So bila semua dah ok, cuma tinggal nak maintain. Saya rasa ada 3 je benda nak maintain. First, maintain dari segi tambah medal dari masa ke semasa. Kedua pula maintain nak update list milestone / rekod baru. Ketiga maintain kebersihan jangan berabuk sangat.

Saya ingat adalah secara overall Projek Gantung Medal setakat ini. Kalau anda sudah ada projek gantung medal anda sendiri dan mahu share dengan saya boleh email kepada saya.

Thanks


Kongsi di :