Gear : Nathan Peak Hydration Waist Pak | BlackLight

10903772_517646671711565_642199785_n

Sebenarnya saya bukanlah seorang runner yang kerap minum air semasa lari. Dan kalau minum pun, saya cuma minum sangat sikit semata-mata nak basahkan tekak kerana saya ada semacam satu percayaan karut atau mistik dimana, kalau saya minum air masa berlari, perut saya akan senak.

Namun begitu, saya rasa kalau saya lari 21K kelak, dimana kemungkinan besar saya akan berlari dalam tempoh 3 jam, agak sangat tak mustahil dan agak penipu besar kalau saya tak perlukan air. Mungkin 10K ok lagi dan saya boleh minum sebaik habis race tapi untuk 21K, I dont think so.

Lalu saya ke marathon shop untuk beli tali pinggang berbotol air. Puas saya cari tali pinggang mana yang sesuai untuk saya dan akhirnya saya memutuskan untuk membeli tali pinggang Nathan.

Ada 5 faktor kenapa saya pilih tali pinggang ini

1. Warna hitam, so sesuai dengan baju atau seluar tak kira warna apa
2. Free botol air
3. Ada poket berzip dan boleh simpan kunci atau duit singgit 3 keping untuk beli betik lepas lari
4. Harga reasonable
5. Pilihan lain tak berapa nak mari.

Maka last week saya dah test tali pinggang ni bawak lari sejauh 7K tak silap saya, so ini antara point yang saya nak kongsi.

1. Pemakaian tali pinggang ni saya tak berapa nak reti lagi sebab rasa sangat tak selesa. Mungkin sebab saya tak pernah pakai tali pinggang seumpama ini masa berlari.
2. Kejap saya pakai kat perut, kejap saya pakai kat bawah pinggang, but macam mana pun, botol air berboing-boing dan ini sangat menggangu larian saya.
3. Walau bagaimanapun, untuk mencapai botol air dan terus minum sambil berdiri sangat praktikal. Cuma kena make sure ustadz atau ustazah tak nampak sebab kalau ikut diorang dosa minum air berdiri. Ini pulak kalau depa nampak saya lari sambil minum air mau hari dah nak kiamat akhir zaman.
4. Untuk adjust kepanjangan tali pinggang ini, ada lock. So bila kita lipat tali pinggang ni kita boleh lock agar lebihan tali tu tak terjuih.

nathan-peak-hydration-waist-pak-blacklight-26

So lepas lari saya ada buat sikit search kat web tentang tali pinggang ni dan saya dapati ada a few features lain yang membuatkan saya rasa ada sedikit untung maaaa.

Screen Shot 2015-01-24 at 11.56.16 PM

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi sendiri web ini.



Kongsi di :