Genap Sebulan

Hari ini 30 Ogos 2015. Esok, adalah hari merdeka. Hari ini, genap sebulan umur anak saya El Lukh. Sebenarnya lately saya sedang menyesuaikan diri pada kehidupan baru. Bayangkan 10 tahun saya hidup berdua, takdir Allah taala, 30 hari lalu, saya dikurniakan cahaya mata.

Anak lelaki ini lahir seberat 2.17 kg. Agak kecil berbanding bayi-bayi lain yang biasa. Tinggi, 45 cm. Kuasa tuhan, mungkin untuk kurangkan beban ibunya yang mengandung.

Tepat jam 1:34, El Lukh lahir kedunia. Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya pada hari itu. Alhamdulillah, semuanya selamat sejahtera. Keamanan, terbit dari sanubari saya ini.

El Lukh, kalau mengikut kiraan doktor, patut lahir pada 3 Ogos. Tapi El Lukh keluar awal. Nyaris saya dah prepare macam-macam benda. Untuk blog ini misalnya, saya sudah schedulekan satu posting yang patut keluar pada 3 Ogos. Namun, saya reshedule semula sebab El Lukh keluar awal 4 hari.

Tapi ada satu kisah lagi yang berlaku, juga tentang blog ini. Pada hari yang sama, sedang saya mundar-mandir menunggu isteri saya bersalin, bila saya baca blog saya sendiri, schedule post hari itu adalah ini – “Flash is born“.

Bukanlah saya mengharapkan anak saya menjadi seorang hero seperti Flash. Dan bukan juga saya berharap anak saya menjadi seorang pelari atau atlit. Dia, akan diberi sepenuh sokong saya untuk jadi apa yang dia mahu.

Namun, membaca tulisan sendiri yang dischedule lebih awal (maksudnya saya dah tulis dulu pasal posting Flash is born ni dan schedule pada 30 Julai) agak sebak juga kerana tulisan sendiri kena tepat pada apa yang berlaku pada saya hari itu. 10 tahun menunggu seorang anak, saya kira, membaca tentang Flash is born pada hari kelahiran anak sendiri, satu pengalaman yang sangat bermakna buat diri saya.

Jarang saya terpesona dengan tulisan saya yang memang ntah apa-apa, tapi pada hari itu, saya terpesona dengan kuasa tuhan yang menentukan segalanya.

Sememangnya kita manusia hanya pandai merancang. Kita sering kata yang kita punya asa dan daya untuk melakukan apa sahaja. Tapi kita kadang-kala lupa, apa yang berlaku kepada kita secara “surprise”, menunjukkan bahawa kuasa tuhan, tidak terlawan.

Kita menulis untuk bacaan orang. Namun pada satu hari, kita menulis untuk diri kita sendiri.

Bapak akan bawa kau pergi lari nanti El. Satu hari nanti kita akan masuk marathon sama-sama. Walaupun mungkin waktu itu umur kau dah 20 tahun dan umur bapak dah… 56 tahun. Itu tidak bermakna kita tak boleh habiskan 42K bersama-sama.

Tapi sebabkan kau baru berumur 30 hari, sekarang bapak nak cari stroller apa yang paling sesuai untuk bawa kau lari.

11849966_1663977240501529_226865792_n

EL LUKH – untuk peminat komik, saya katakan gabungan nama Superman dan Jedi. Namun secara serius bila ayah saya tanya apa maksud nama anak kau ni? saya katakan ia adalah gabungan Strength & Wisdom. Kehadiran kau adalah kerana kekuatan dan kebijaksanaan Yang Maha. Dia, memberi kita keimanan untuk terus percaya, walau apa jua yang datang menghalang.

“To understand what I’m about to tell you, you need to do something first. You need to believe in the impossible. Can you do that? Good.” – Iris West



Kongsi di :