Goggle : Speedo Aquapure Optical IQfit

Hari sabtu dah beli goggle dah tapi hari ahad semalam masa keluar makan birthday isteri saya, saya terbeli satu lagi. Alasan saya, nanti kesian kat isteri saya dia takde goggle so esok-esok kalau berenang sekali dia boleh pakai mana-mana yang dia suka. ūüėÄ

So hari ahad tu kami pi makan dekat Gardens sebelah Midvalley. Kat atas tu ha amik kau, ada satu kedai nama Speedo khas untuk ikan lumba-lumba, paus dan duyung serta dugong. Macam-macam ada. So saya pun usha goggle kedua.

Kali ini macam menarik sebab saya jumpa yang ada power punya. Menurut kakak kedai tu, power paling tinggi untuk yang rabun sekuat 800. Saya tengok kat kotak dia ada tulis -8.00. First time saya try saya terasa sangat amazing sebab tak payah pakai dah melekap kuat dekat muka. Getah dia macam chewing gum. Lembut, dan manis terasa di pipi.

Bila saya tengok muka saya depan cermin dengan goggle ni, terus saya nampak Jefrey Ong (berbanding goggle yang dibeli di OC hari sabtu, saya teringat je Jefrey Ong). Lalu dengan tidak membuang masa, saya pun terus saja beli.

So ini detail dia :

Brand : Speedo
Made in : UK
Price : RM131.13 (harga asal RM139, gst RM7.87)
Warna : Hitam
Power : Lens Prescription -8.00
Kategori : Intemediatearticoli.phparticoli-1.php

 

OK. Apa yang menarik bagi saya goggle ini, selain dari getah lekap kat muka dia yang lembut, untuk laras atau adjust ketat longgar tali getah dia sangat mudah dan senang berbanding goggle Tabata. Dia ada slider merah tu so senang tarik.

And then, bila saya berenang, instead of cuma nak avoid terlanggar dinding, kali ini saya nampak lebih jelas dan clear dalam air tu ada apa. Baru saya tahu ada buih-buih dalam air yang keluar dari lubang bulat warna putih atas lantai dan buih – buih ini saya nampak biji dia bulat-bulat jernih. ¬†Dan bulat putih yang keluarkan buih ini rupanya ada sepanjang kolam tu membentuk satu line atau garis lurus dalam air. Feh…. betapa clearnya jarak penglihatan saya. Ini semua sebab lens dia ada power la ni.

Melalui kotak dia, ciri-ciri lain pulak adalah :

Anti Fog – so far baru berenang sekali dengan goggle ni so tada kabus pun kat cermin
Interchangeable nosebridges – antara dua lens tu, ada ikat, so ikat ni boleh tukar ikut size incase hidung besar sangat
UV Protection – Ok
Easy adjust – ok dah cite
Prescription lens – ada power ok ni pun dah cite
Storage free – ada storage kain itam jejaring untuk simpan goggle. Chara.

Ini ada iklan kat youtube untuk bagi feel canne dia punya vision bagi yang rabun.

***

Kesimpulan
Saya dah terbeli 2 goggle dan saya boleh pilih sama ada nak berenang di kolam dekat dengan rumah saya ini Kinrara Residence Club House atau pun berenang di rumah saya satu lagi di Mirage Cyberjaya. Kalau tahun ni saya tak dapat achieve berenang sejauh 5 KM target saya maka saya akan selamkan kepala saya dalam air sejuk + ais batu yang saya suruh isteri saya tadah dalam besen mandi EL LUKH selama 5 minit. Padan muka.

Langkah seterusnya 
http://www.speedostore.com/goggles/goggles-all-goggles/809538.html

Kongsi di :