Goggle : Tabata TJ-7110

Ok ini detail pasa goggle yang saya beli semalam.

Brand : Tabata
Made in : Japan
Price : RM39.90
Warna : Hitam
Power : Lens biasa
Kategori : Basic

spd_20140916155301_b

Screen Shot 2016-04-03 at 10.30.27 PM

First time saya pakai goggle ni dan terjun dalam kolam, saya dapati dunia di bawah air sangat menakjubkan. Warna lantai yang bertileskan biru, suasana macam masuk alam lain dan berhenti seketika.

Actually berbanding dengan tak pakai goggle, boleh saya katakan yang tahap penglihatan taklah sekabur tak pakai goggle. Saya ni rabun jauh dan power agak tinggi. Makanya memakai goggle Tabata ini bukanlah memberi saya jarak penglihatan yang power, cukup cuma untuk saya berhati-hati agar tidak berenang melanggar dinding.

Masa first time tu air macam masuk dalam mata, tapi bila lelama air kurang masuk. Mungkin getah lekap pada lens masih baru dan mungkin juga saya pakai tu agak longgar dan default kilang. Selepas mengetatkan getah kiri dan kanan, saya berenang seperti ikan lumba-lumba.

Overall, oklah. Berfungsi sebaik peranan ditetapkan. Untuk RM39.90, saya puas hati. Semalam saya berenang 10 lap x 30 m, henti-henti pada setiap hujung lap. Dan 2 lap terakhir saya berjaya jadikan satu. Kiranya dari sini ke sana dan patah balik ke sini, berbanding 8 lap lain yang sekali pergi berhenti rehat 3 jam.

12912842_1692580140958993_538500664_n
EL LUKH menangis digogglekan

Kongsi di :