Goggles : Apa yang perlu tahu sebelum beli goggles

ng1-detail1

Melalui pembacaan saya, berikut adalah hal yang perlu diketahui sebelum membuat keputusan untuk membeli goggles renang. Alah. Spek air supaya air tak masuk dalam mata tu.

1. Tujuan kegunaan
Mesti tahu tujuan sebenar nak beli goggles untuk apa. Misalnya Open Water (triathlons) atau indoor pool atau outdoor pool. Semua ini ada kesan kepada shade warna lense goggle tersebut. Kalau indoor, jangan beli yang terlalu gelap kecualilah kalau banyak sangat lampu. Kalau outdoor, pilih yang shade dia gelap sikit dan mungkin boleh cari yang ada UV protection in case matahari kuat sangat. Faktor berenang siang atau malam juga memainkan peranan kepada shade lense ini.

2. Saiz Lenses
Lebih kecil lebih bagus kerana . Namun pastikan yang kecil ini selesa dipakai. Saiz yang besar bagus untuk penglihatan yang lebiih baik namun besar sangat macam awkward sebab besar ni biasanya orang pergi snorkeling je pakai.

3. Material
Ada banyak material binaan goggle seperti getah, silikon, foam atau plastic. Benda ini penting sebab semua benda ni kena kat kulit kita esp. keliling mata. Paling terbaik bak hang adalah rubber (getah) atau plastic sebab ada effect suction pada mata dan air confirm tak masuk. Namun pada hari ini yang popular adalah silikon cuma harganya sikit mahal. Foam juga ok tapi make sure anda tak allergic cuma foam cepat rosak.

4. Kedudukan pada mata

Adakah terlalu besar? Terlalu kecil? Adakah bulu mata tersentuh cermin goggle bila kelip mata? Kalau tersentuh hati ok lagi tersentuh bulu mata cam annoying kut.

5. Kedudukan pada hidung
Ada rasa berat menanggung derita? Rasa hidung terkepit sampai tak boleh bernafas? Goggle yang baik patut snug atas hidung tapi tak membuat hidung melecet. Pastikan boleh adjust atau laras bahagian ini sebab kalau tak boleh jangan beli.

6. Jenis Strap
Boleh laras atau fix? Biasanya strap dia ok dan kalau boleh laras atau adjust baguslah tu. Kepala orangkan saiz lain-lain.

7. Power
Ada goggle yang boleh letak power untuk mat rabun macam saya. Sangat berguna untuk yang rabun selain daripada nak tengok lantai dalam air boleh berguna untuk tambah dosa kering usha awek mandi. Saya rabun. So saya maksum.

8. Kabus
Goggle yang bangang akan berkabus bila masuk dalam air walaupun beberapa saat. Ini menyebabkan anda kena tanggal dan pakai semula berkalian. Kalau anda terkena goggle berkabus ini, ludah pada lens dia atau jilat lens dia sebelum anda pakai. Tapi masa jilat tu make sure jangan buat eye contact dengan awek dalam pool.

9. Cuba sebelum beli
Cuba sebelum beli sebab anda kena pakai untuk tahu selesa atau tidak. Kalau goggle dalam bekas seal tak leh buka jangan cuba. Jangan beli online melainkan anda pernah beli sekali lepas tu ada orang curi dan anda nak beli jenis yang sama.

10. Harga
Harga ni depends pada bajet andalah. Kalau anda dah financial freedom, beli 10 dan sedekah lagi 9 tu kat orang lain. Kalau belum lagi beli satu cukup dan spend sikit ok asal kualiti.

 

Kongsi di :