Golf dan goggle

Semalam abah saya suh saya teman dia pi cari barang golf. So alang-alang keluar, saya cari goggle terus.

Memula abah tanya kat mana MST Golf? Oleh kerana golf dengan saya ibarat planet Pluto dengan bumi, so saya google dulu nak cari kat mana. Rupanya MST golf ni dekat aje dengan rumah ni dekat belakang Sunway Pyramid. So saya kata pada abah saya kalau nak pergi boleh pergi pagi jumaat dengan saya. Dia kata susah pulak nanti kena berenti semayang jumaat. Saya pun oklah ingatkan tak jadi. Rupanya pagi sabtu dia tanya saya free tak tolong bawak dia ke sana. Saya tersenyum ok saja. Taktik.

Screen Shot 2016-04-03 at 12.54.22 PM

Saya keluar pukul 10:30 pagi dan tak sampai setengah jam, kami sampai di MST Golf. Kedai dia agak besar juga corner lot. Bangunan warna hijau. Abah terus sahaja masuk dalam sebaik saya parking kereta di luar. Saat ini saya terbayang macam masa zaman saya kecik dulu bila nampak kedai mainan.

Screen Shot 2016-04-03 at 12.57.39 PM

Actually saya rasa ini kali pertama saya masuk kedai golf. So saya tangkap  beberapa pic dan send pada group whatsapp adik beradik saya Mak Ani Sdn Bhd dimana semua adik saya dan isteri dan adik ipar saya berkumpul secara online. Saya saja send gambar nak buat kecoh konon saya nak beralih pada golf dan berhenti lari. 😀

Anyway, ini gegambar alam sekitar.

unnamed-4unnamed-3unnamed-5

Ada dalam setengah jam tiba-tiba ayah saya datang memanggil saya yang sedang main swing-swing kayu golf. Saya tanya dia dah dapat apa yang patut ke? Abah saya reply, ada masa tak kita pi satu lagi kedai kat Kelana Jaya? Saya cuma tersenyum.

Kami kemudian gerak ke Kelana Jaya dan melalui bantuan Waze, kami sampai dalam masa 20 minit sahaja. Kereta pun tak banyak.

Kedai MST Golf di Kelana Jaya ini di dalam bangunan. Berbanding dengan yang di belakang Sunway tadi, yang ini kecik sahaja. Namun entah kenapa, abah saya spend lagi lama disini. Menurut kata dia, dulu dia pernah datang sini dengan kawan dia.

Sambil dia pilih barang apa yang patut, saya usha kasut-kasut golf yang ada. Bila saya tengok kasut golf Nike, saya dapati yang kasut golf Nike juga menggunakan cushion Lunarlon. Sama macam kasut lari cuma tapak dia lain sikit (sangat). Ini gambar kasut.

unnamed-7 unnamed-8

Oleh kerana agaknya saya tengok kasut Nike ini ada gaya macam nak beli, salesman kedai itu datang menghampiri saya lalu bercerita tentang kehebatan kasut ini. Menurut beliau, tapak Lunarlon membuatkan kaki sangat stabil semasa membuat pukulan golf. Daripada penerangan beliau, fahamlah saya bahawa ketika membuat swing, satu kaki straight menekan bumi manakala satu kaki lagi rotate mengikut ayunan. Agak panjang penerangan dia akhirnya saya diselamatkan oleh seorang golfer lain yang bertanya tentang bola golf kepada beliau lalu saya terus saja melarikan diri.

Saya kemudian melihat-lihat baju dan seluar hingga akhirnya apabila kami beredar dari kedai tersebut bila abah saya selesai membeli belah. Saya tengok bil ada dekat seribu lebih. Betul punya shopping. Muka senyum semacam.

“Abah zi ingat nak pi cari goggle pulak la semalam berenang sakit mata”
“Ahh ok… kat emporium mana?”
“Ni kita pi cari kedai biasa je lah malas pulak nak masuk mall nak kena parking bagai. Ada Al Ikhsan dekat sini”

Actually masa abah saya shopping tu saya dah cari kat Waze. So kami pun segera ke sana. Pusing punya pusing, dari jalan besar masuk ke taman. Last-last kami sampai di sebuah masjid namanya Al-Ihsan. Apa punya bangang da Waze ini. Kebetulan, siap ada rombongan pengantin di situ. Oleh kerana tidak mahu silap lagi, saya berhenti di tepi dan buat carian betul-betul dari website Al Ikhsan sendiri. Bila dah jumpa, kami bergerak dengan penuh harapan sekali lagi.

Screen Shot 2016-04-03 at 10.13.46 PM

Actually hari jumaat hari tu saya dah usha dah di Al Ikhsan memang ada jual goggle. Namun malangnya di Al Ikhsan Store dekat depan Digital Mall tu haram tidak ada. Masa nak balik tu abah saya bagi cadangan apa kata masuk emporium sebelah tu (saya tak tau apa nama dia tapi macam besar jugak).

Di dalam emporium tu ada 2 kedai sukan. Adidas dan OC, dua-dua groundfloor. Bila ayah saya meluru masuk bertanyakan salesgirl Adidas ada jual tak goggle, terus saja salesgirl tersebut menunjuk ke arah kedai sukan OC yang lebih besar. Ada macam-macam barangan sukan daripada baju hinggalah ke kasut.

Saya terus ke kaunter dan bertanya lalu disuakan saya beberapa jenis goggle di dalam almari kaca. Saya tengok lebih kurang, saya ambil satu dan cuba yang warna hitam. Masa saya pakai itu saya terus terbayang Jefrey Ong. Lalu saya terus saja beli tanpa melengahkan masa.

Kami kemudian berkejar balik rumah sebab perut dah lapar. Jam pun dah dekat 2 lebih. Petang tu nak berenang test goggle lagi.

***

Kongsi di :