Blog : Habis kemas rumah (web)

Mulanya saya plan tepat 29 November, blog ini serba baru. Tetapi saya awalkan. Namun tidak lengkap. Sebabnya, saya terfikir, apakah tulisan yang saya perlu tulis untuk muka hadapan blog ini. Saya fikir lagi, apakah gambar yang patut saya letak pada muka hadapan blog ini.

Lama juga saya fikir. Tidak ada ilham langsung. Akhirnya, setelah pulang dari Kuala Kangsar, saya mendapat sedikit idea bagaimana untuk merumuskan keseluruhan intipati blog ini.

Untuk itu, buat anda yang membaca blog ini, saya telah tambah satu muka hadapan. Yang ini tidak ada link tapi bila anda taip lariansebuahkitab.com, anda akan jumpa page ini. Kalau larian, disini dikira “Garis Mula”.

Saya tambah satu lagi page “about”, disini saya tulis semua catatan masa dan hal yang berkaitan tentang diri saya. Ini bukan apa, cuma sekadar untuk ingatan diri saya sendiri, bahawa, saya perlu buat lebih baik lagi.

Cuma, saya masih tidak ada gambar yang tepat untuk page “about” itu. Sementara, saya letak saja gambar saya di Ranau. Esok-esok bila ada peluang, saya ganti gambar lain yang lebih baik.

Saya harap susunan baru blog ini lebih menyenangkan. Yang paling penting adalah ia support semua device termasuk tablet dan smartphone. Design keseluruhan lebih simplified, dan kadar loading sepatutnya lebih laju.

Ada beberapa page lagi yang saya belum publish. Yang itu insya-allah saya cuba secepat mungkin. Tetapi sempena harijadi saya 29 November baru ini, blog ini telah selesai diperbaharui hampir sepenuhnya.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_