Hacking Half Marathon, 3k x 7d = 21k Part 2

Dua hari sudah berlalu namun haram saya tak pergi training pun. Semalam sebab balik rumah dah lewat kemudian malam pergi ke Kuala Selangor makan seafood adik saya Yana belanja. Hari ini pulak balik lambat dari IKEA, so akhirnya saya sudah rugi 2 hari untuk training. Mungkin ada hikmahnya, lalu saya reschedule semula training saya.

Isnin – 3k easy + 1k speed
Selasa – 3k easy + 1k speed
Rabu – 3k easy + 1k speed
Khamis – 4k easy + 1k speed
Jumaat – 3k easy + 1k speed
Sabtu – Rest day
Ahad – Race day

Total Training KM – 21 KM dalam masa 5 hari

Selain daripada itu, saya juga akan cuba bangun lebih pagi dan lari pada waktu pagi, berbanding lari waktu petang sebab saya risau petang saya tak sempat nak training disebabkan faktor kerja atau hujan.

So, kita tengok macam mana.

Kongsi di :