Hacking Half Marathon, 3k x 7d = 21k Part 3

Ok. Ini adalah hasil keputusan eksperimen yang telah dilakukan. Asalnya rancang nak lari at least 21 K selama 5 hari bagi preparation kepada 21K on weekend. Namun, hasilnya ada sedikit kurang dimana saya hanya berjaya lari 20 K sahaja. Dibawah adalah catatan saya setiap hari selama 5 hari sebelum race.

Screen Shot 2015-03-16 at 11.40.53 PM

Total training distance : 20K
Total Training Time : 2 jam 12 minit 49 saat
Average Pace : 6:38

* So kalau saya kira balik dari 20K jadi 21K, saya tambah 6:38 kepada 2 jam 12 minit 49 saat, total running hours adalah 2 jam 19 minit 27 saat.
Hari race time saya 2 jam 26 minit 22 saat. Itu pun sebab cramp. Kalau tak cramp mungkin timing dia lebih kurang ? Ke? Lari hampir 7 – 8 minit.

Anyway, kesimpulan lain yang saya buat :

1. Maka, berjayakan saya lari 21K pada weekend itu? YA

2. Adakah saya mengalami zero kecederaan? TIDAK

3. Apakah kecederaan yang dialami? KAKI CRAMP

4. Mengapa boleh jadi begini? ADA 3 SEBAB.

Pertama, adalah kerana (seperti yang saya cerita ) saya tak stretching betul-betul masa hari race.
Kedua, (juga seperti yang saya cerita) kerana faktor kasut.

Tapi yang ni baru saya terfikir selepas buat kajian punca cramp :

Ketiga, saya dah lari 20 K secara total selama 5 hari maka of course dalam badan saya tak kurang air dan saya pulak tak top up dgn air elektrolit. So by race day, ada banyak zat vitamin dan segala menda berkhasiat dah kurang dalam badan. Itu pasalle Cramp. Maksudnya lain kali, kalau nak pakai teknik ini, pastikan anda minum air usain bolt setiap kali lepas lari untuk make sure dalam badan tu balance.

Lalu kesimpulan Hacking Half Marathon 3K easy + 1K sprint x 5 d = BERJAYA !!! 2 jam setengah…. Berjaya la tu. So, apa lagi. Masuk la 21K. 5 hari je train. 😛

Sekian terima kasih.



Kongsi di :