Hacking Half Marathon, 3k x 7d = 21k

Saya tak ingat sama ada saya pernah tulis atau tidak, tapi ini adalah hasil perbincangan saya dengan seorang kawan yang lebih lama telah berlari daripada saya. Dan saya respect sangat kat dia sebab bukan setakat dah lama berlari, tapi sekarang progress larian dia dah nak masuk ultra marathon. Kira apa yang dia sembang tu kita boleh dengar la.

So, antara cheat atau hack yang dia biasa buat adalah begini. In case hujung minggu ni kita nak lari 10K, dan kita ni baru beginner, so 6 hari sebelum tu kita lari 10K tapi dibahagikan sama rata 2K sehari. Sebagai contoh, ini jadualnya.

Isnin – 2K
Selasa – 2K
Rabu – 2K
Khamis – 2K
Jumaat – 2K
Sabtu – Rest
Ahad – Race day 10K

Teknik ini bukanlah teknik nak pecah rekod, tapi sekadar teknik yang boleh dibuat kalau preparation kita tak banyak mana. Instead of mati tengah lari, at least, dengan preparation hack sebegini, kita boleh habiskan larian dengan selamat dan zero kecederaan. So waktu tu saya test untuk 10K dan nyata teknik ini berhasil.

Al kisah, bulan februari ni 2 minggu saya rest sebab nak fully recover dari half marathon #werunkl. Then saya dah start lari balik dalam total 16.75 km hasil dari 4 kali larian. Tiba-tiba saya sakit pinggang pulak sebab pindah rumah last week (angkat barang ikea punya pasal) … so lepas urut semua saya rest lagi sehari dua… (walaupun fisio saya suh rehat seminggu) so sekarang betul2 tinggal 8 hari nak race Bukit Jalil Marathon.

Maka, saya kira, sesuai sangatlah saya nak eksperimen hack ni. Dibawah ini adalah perancangan larian saya. Saya takkan lari lebih macam werunkl hari tu sampai sakit lutut bagai, tapi saya akan stay hanya lari 3K sehari selama seminggu, dan saya nak tengok sama ada saya berupaya untuk lari 21K pada hari ahad hujung minggu ini.

Sabtu – 3K
Ahad – 3K
Isnin – 3K
Selasa – 3K
Rabu – 3K
Khamis – 3K
Jumaat – 3K
Sabtu – Rest
Ahad – Race day 21K

HMMMMMMMMMM Jap.

Saya baru terfikir satu idea baru. Kalau saya lari 3K x 7d = 21K, preparation saya kira ngam ngam hoi. Saya nak tweak sikit agar masa lari 21K tu saya tak barai sangat. So ini jadual baru yang saya dah tweak. Saya akan lari 3K easy untuk maintain stamina dan additional 1K speed untuk build power. So total larian saya sebelum race adalah 28K. Buffer 7K harap boleh maintain rekod #werunkl 2 jam 18 minit.

Sabtu – 3K easy + 1K speed
Ahad – 3K easy + 1K speed
Isnin – 3K easy + 1K speed
Selasa – 3K easy + 1K speed
Rabu – 3K easy + 1K speed
Khamis – 3K easy + 1K speed
Jumaat – 3K easy + 1K speed
Sabtu – Rest
Ahad – Race day 21K

So, sikit lagi nak pegi collect racekit ni. Harap teknik ni berjaya dan saya akan sharekan apa kesudahannya nanti



Kongsi di :