Had

Semasa saya browse picture di ig yang ber#werunkl, ada satu posting ini dengan caption “Don’t ask me why I run. Instead, ask yourself why you don’t”. Lalu saya beri ibu jari naik atas jari lain genggam erat.

Berlari, memang challenging. Jika seorang runner lari kerana ingin berlumba dengan orang lain, saya kira dia bukan runner, tetapi dia adalah seorang atlit. Menjadi atlit, dia mewakili sebuah negara. Paling tidak, sebuah negeri. Paling tidak, daerahnya. Dan Paling tidak, kolej atau sekolahnya. Menjadi atlit, tanggungjawabnya sangat besar. Atlit adalah pejuang negara. Zaman dahulu, atlit boleh dikira hulubalang istana atau ketua laksamana.

Seorang runner, berbeza dengan seorang atlit. Runner, berlumba dengan dirinya sendiri. Runner, mencabar dirinya sendiri. Runner, sering saja, berusaha untuk menjadi lebih baik dari kebaikan yang telah dia capai sebelum ini. Runner, akan terus berlari hingga kepada satu hari dimana dia bangun pagi dan berfikir ……….

Screen Shot 2015-02-07 at 8.47.46 PM

Setiap runner ada sebab yang tersendiri kenapa dia pilih untuk lari, dan terus berlari. Dengarnya ada blog larian yang menceritakan hal sebegini. Malah pula, dikatakan setiap runner respect runner yang lain dan tidak sekali kali judgemental! Lalu, apakah tidak mengambil pengajaran daripada pembacaan, atau sekadar copy paste buat hias? Hanya tuhan yang mengerti segalanya.

Jika orang bertanya kepada saya apakah nasihat yang baik untuk seseorang agar berlari, saya akan katakan pepatah yang saya jumpa dalam ig yang diawal tulisan ini tadi. Tetapi jika seorang runner pula tanya saya hal yang sama, saya akan katakan begini :

“Jangan kisah sangat berapa banyak seseorang lari, instead, jauh mana kita sanggup pegi?”

Seorang runner sejati tak peduli pun berapa jauh atau berapa sikit runner lain lari. Limit bagi setiap orang berbeza dan tidak ada gunanya bersoal selidik dan compare bagai. Mentaliti yang mundur sering memberi pelbagai alasan dan sering saja campur tangan dalam urusan orang lain. Mungkin masyarakat sudah biasa hidup dibawah perspektif orang lain lalu kebiasaan ini terbawa bawa hingga perspektif kita yang jumud hendak ditarbiah pula pada orang lain.

Hakikatnya kita takut pada bayang bayang kita sendiri lalu kita harap orang yang rapat dengan kita juga turut berdiri di belakang kita. Kita tak perlu setkan limit sesiapa pun tapi yang kita perlu tahu adalah berapa limit kita sendiri. Instead, kita harus memberi support agar sentiasa cuba membangkitkan potensi asal diri kepada puncak termaksimum.

Boleh jadi kerana kita hidup dengan orang yang mentalitinya sering ada limit, maka tidak hairan kita akan sentiasa hidup play safe dan takkan mengambil risiko untuk mengubah nasib. Kita akan mencipta pelbagai imaginasi tahyul untuk menyedapkan hati. Akhirnya pada satu hari di masa hadapan, kita bangun tidur diwaktu tua dan kita mula terfikir, kenapalah aku tak sanggup nak lari marathon dulu???

Saya belum lari 42k lagi tetapi saya tahu yang satu hari nanti saya akan lari 100k ultra. Di waktu itu, jika kaki ini tercabut pun saya tidak kisah kerana sekurang kurangnya saya telah melakukan sesuatu yang saya percaya dan pegang dalam hidup.

P/S – Saya menggalakkan orang sekitar saya untuk lari, dan jika ada yang nak lari marathon, silakan. Siapa tahu, mungkin hanya selepas marathon baru anda mencapai tahap berlari dalam zen.

Pengajaran yang paling mahal dan beerti, tidak akan ditemui melalui jalan jalan cheapskate.



Kongsi di :