Haze Runner

Screen Shot 2015-10-03 at 6.35.21 PM

Tadi saya pergi farmasi beli Mask N95. Ingat esok nak jadi Haze Runner. Malangnya petang ini ada berita terkini. SCKLM cancel due to jerebu yang semakin mengganas.

Sejujurnya saya tak tahu nak gembira atau bersedih dengan berita ini. Betul dan benar saya kurang training lately dan bila cancel race saya rasa #lega sebab untuk lari 21k tanpa training agak memerlukan bukan setakat stamina dan mental.

Sepatutnya ini 21k saya yang ke 3 selepas nike werunkl dan bukit jalil half marathon.

Tapi walaupun dengan persiapan ala kadar saya kali ini, (isteri saya cakap flatlay pun ala kadar…) itu tidak bermakna saya tidak mahu lari esok. Saya nak lari dengan keadaan paling santai tanpa pressure cukup sekadar boleh menghabiskan dan dapat medal. Tapi tuhan telah memudahkan segalanya. First time dalam hidup dapat medal (kalau esok pegi collect) tapi tak pergi lari pun. Ini sangat sejarah bagi runners yang participate di Malaysia ini.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Maybe kita nak sangat lari. Tapi bila kita lari, kita menyesal. Kita takkan tahu apa yang akan terjadi kelak melainkan hanya bila kita melaluinya.

Jerubu yang semakin menebal bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah boleh membunuh. Jangan buat main. THUS, happy weekends untuk semua runners scklm yang saya pasti esok tak tau nak buat apa dan mungkin hilang arah satu hari. Jumpa di dataran merdeka untuk collect medal. 😀

10817940_963729500341755_1517796829_n



Kongsi di :