Heart Rate : Apakah VO2?

Ada satu lagi benda tertinggal. VO2
Screen Shot 2016-02-10 at 11.26.13 PM
VO2 max adalah paling maximum (paling banyak) pengambilan oksigen bagi seseorang. Dalam ayat lain pula, adalah nilai atau value kebolehan seseorang mengambil oksigen oleh jantung.

V adalah Value dan Oadalah Oksigen maka VOadalah value Oksigen dan VOmax pula adalah maksimum value Oksigen.

Bagaimana VO2 dikira?

Setakat saya baca, nak tahu kita punya VOni sangat kemakmalan. Maksudnya kena pergi lab. Pakai oksigen mask, dan lari atas treadmill. Makin lama, ujian treadmill ni makin sukar dan sampai cukup data, baru dapat simpulkan berapa VO2 kita.

Masa test ini kita boleh tahu semua hal Heart Rate kita + Lactate Threshold. Sebab dia bukan setakat kira Oksigen yang kita sedut, tapi juga kira CO2 yang kita hembus. Boleh layan video bawah ini.

Boleh tak kita kira sendiri VO2 ni kat rumah?

Unless kalau kita ada machine dan Cik Instructor macam kat video tu logik la kita boleh kira kat rumah. Kalau ada cara lain pun rasa dah macam tak berapa nak tepat dah tu.

Kat mana di Malaysia boleh check VO?

Dulu saya macam ada perasan yang Nike WerunKL last year masa buat exhibition jual kasut depa tu ada bawak machine untuk kira. Free pulak tu. Tak tahu pulak tahun ni ada ke tidak, harap ada boleh pergi cuba. Anyway, cara lain adalah buat appointment dengan VO2cardiolab di Midvalley. Ini detail dia.

iHeal Medical Centre at Level 8,
Annexe Block, Menara IGB,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
5900 Kuala Lumpur.

TEL : 03-2287 7398
WEB : http://vo2cardiolab.com/
FB : https://www.facebook.com/vo2cardiolab/

Kalau dah tahu nilai VO2, apa kesannya pada larian?

Basically, kalau nilai dia besar, baguslah sebab banyak O2 masuk dalam badan. Namun tak semestinya banyak O2 masuk badan kita lari laju. Cuma, ia membantu kepada pernafasan cemerlang dan banyak O2 yang masuk menyebabkan kita lambat letih.

Lebih banyak O2 masuk dalam badan, lebih banyak ia dipam kepada otot dalam badan melalui darah, dan berbanding dengan orang lain yang O2 dia sikit, kalau usaha kita consider sama, kita ada kelebihan.

Ada tak hal lain yang perlu tahu tentang VO2?

Ada. vVO2 . Ia adalah velocity VO2 , iaitu ukuran dimana berapa laju kita boleh lari semasa kita capai VOmax. Walaubagaimanapun, masa test VO2 mx kita tak boleh tahu ni vVO2.

Kongsi di :