Heart Rate : Bagaimana untuk improve Heart Rate?

Sekarang saya dah tahu yang Heart Rate saya Above Average. Sekarang saya nak setkan target at least 3 – 4 tahun lagi Heart Rate saya level Excellent iaitu antara 57 – 62 mengikut umur saya.

Melalui pembacaan saya, BOLEH improve Heart Rate iaitu dengan :

1. Buat senaman setiap hari
Kerana senaman akan improves kesihatan dan kekuatan kardiovaskular yang akan menyebabkan heart beat lebih effisien. Jantung yang kuat mempunyai kekuatan pam darah yang tinggi, so tak payah berdegup banyak kali dalam 1 minit untuk pam darah. Dalam erti kata lain, jantung yang kuat berdegup sikit menyebabkan Heart Rate yang sikit atau rendah. Darah yang dihantar ke seluruh badan cukup.

2. Berat badan yang tepat berdasarkan ketinggian
Obese atau kegemukan akan menyebabkan stress pada jantung kerana jantung kena kerja lebih untuk pam darah kedalam badan. Kegemukan menyebabkan hypertension atau high blood pressure dan juga kolestrol yang tinggi. Ini semua menyebabkan flow darah terhalang dan jantung kena pam lagi kuat sebab nak tolak darah ke seluruh badan.Bila jantung kena kerja kuat, jantung berdegup lebih tinggi.

3. Kurangkan stress dalam hidup
Kena selalu gembira dan redha. Kurangkan stress dalam kerja atau keluarga. Stress akan menyebabkan cepat menyirap atau cekik darah atau naik angin. Ini semua tak bagus sebab stress akan menyebabkan degupan jantung tinggi dan juga punca penyakit jantung.  Stress akan mereleasekan fatty accids ke dalam badan dan ini meningkatkan triglycerides dan kolestrol, yang juga akan meningkatkan peluang untuk serangan sakit jantung atau stroke. DEM!

4. Jumpa Doktor Ismadi
Jumpa dengan doktor dan check medications yang kita tengah ambil sebab ada ubat yang boleh membawak kepada peningkatan kerja lebih jantung. Jika ada tanda dimana pening, jantung tiba-tiba laju berdegup kencang, sakit dada atau jantung tak berdegup tiba-tiba, cepat-cepat jumpa Doktor Ismadi. Minta doktor ubat alternatif yang lain jika ubat yang sedang diambil tidak sesuai.

Kesimpulan
Boleh turunkan Heart Rate tapi bukan senang. Lenga boleh la lenga.

Kongsi di :